Prinsip keadilan asasi dalam undang-undang berkaitan prosedur perbicaraan tatatertib di Jabatan Polis: Suatu analisa

Prinsip keadilan asasi adalah merupakan syarat minima dalam membuat keputusan adil dan saksama yang dikenakan oleh undang- undang terhadap orang atau badan bertugas khususnya yang bertindak secara kehakiman, termasuklah tribunal-tribunal dan juga mana-mana Lembaga Tatatertib Jabatan. Tiada sebarang...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Romli, Fariza, Md Dahlan, Nuarrual Hilal, Ahmad, Rusniah
格式: Article
语言:English
English
出版: UUM College of Law, Government and International Studies 2012
主题:
在线阅读:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/11891/1/7.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/11891/7/UUMJLS~1.PDF
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/11891/
http://www.uumjls.uum.edu.my/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Prinsip keadilan asasi adalah merupakan syarat minima dalam membuat keputusan adil dan saksama yang dikenakan oleh undang- undang terhadap orang atau badan bertugas khususnya yang bertindak secara kehakiman, termasuklah tribunal-tribunal dan juga mana-mana Lembaga Tatatertib Jabatan. Tiada sebarang definisi atau penjelasan yang khusus mengenai prinsip keadilan asasi di dalam mana-mana akta atau peraturan yang melibatkan prosedur tatatertib penjawat awam, tetapi prinsip ini diguna pakai dengan meluas dan merupakan syarat bagi menjamin prosedur perbicaraan adil dalam setiap perbicaraan.Pematuhan terhadap prinsip keadilan asasi ini amat penting dan sebarang perlanggaran boleh menyebabkan kes-kes tersebut boleh dirujuk di mahkamah untuk dibuat semakan semula atas keputusan yang diambil.Justeru, artikel ini akan melihat apakah peruntukan-peruntukan mengenai prinsip keadilan asasi yang terdapat di dalam undang-undang yang berkaitan dengan prosedur perbicaraan tatatertib di jabatan polis.Antara isu-isu yang dibincangkan ialah sejauhmana peruntukan-peruntukkan tersebut terpakai dan juga mengenai kekangan dalam pelaksanaan prinsip tersebut.Metodologi yang digunakan adalah berdasarkan kajian perpustakaan berpandukan kepada analisa undang-undang terhadap akta-akta,peraturan-peraturan dan kes undang-undang yang terpakai ke atas Jabatan Polis.Diharap perbincangan dalam artikel ini dapat membantu memantapkan lagi undang-undang mengenai pengurusan tatatertib yang terpakai sekarang khususnya di jabatan polis bagi menjamin agar setiap pegawai yang dituduh berpeluang mendapat satu perbicaraan yang adil dan saksama.