HAJI ABDUL HALIM AL-HADI : TOKOH ULAMA HADIS DARI PULAU PINANG

Selain terkenal sebagai pusat perdagangan, Pulau Pinang juga turut menyumbang kepada kelahiran tokoh-tokoh ulama dari kalangan rakyat tempatan. Antaranya ialah Haji Abdul Halim al-Hadi, seorang tokoh ulama dalam bidang hadis yang telah meninggal dunia pada tahun 1981. Nama tokoh ulama ini tidaklah s...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: M.A., Abdur-Rahman
格式: Conference or Workshop Item
出版: 2012
主题:
在线阅读:http://eprints.utp.edu.my/8542/1/HAJI_ABDUL_HALIM_AL-HADI__TOKOH_ULAMA_HADIS_DARI_PULAU_PINANG.pdf
http://eprints.utp.edu.my/8542/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Selain terkenal sebagai pusat perdagangan, Pulau Pinang juga turut menyumbang kepada kelahiran tokoh-tokoh ulama dari kalangan rakyat tempatan. Antaranya ialah Haji Abdul Halim al-Hadi, seorang tokoh ulama dalam bidang hadis yang telah meninggal dunia pada tahun 1981. Nama tokoh ulama ini tidaklah semasyhur berbanding dengan tokoh-tokoh ulama yang lain dari Pulau Pinang seperti Abdullah Fahim, namun sumbangannya adalah amat penting kepada perkembangan ilmu hadis di Pulau Pinang dan negeri-negeri sekitarnya seperti Kedah dan Perak. Justeru, tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji tentang latar belakang kehidupan dan pendidikan beliau di Pulau Pinang dan seterusnya membincangkan sejauh mana sumbangan yang telah dilakukannya dalam bidang hadis melalui karya-karya beliau. Kajian ini banyak bergantung kepada kaedah kajian perpustakaan untuk mengkaji sumbangannya dalam bidang hadis melalui karya beliau yang terkenal iaitu kitab Tajdhib Atraf al-Hadith dan Ilham al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari. Latar belakang kehidupan beliau turut dikaji berdasarkan metode temu bual dengan ahli keluarga beliau terutamanya anak dan cucunya serta masyarakat setempat yang mengenalinya. Hasilnya, kajian ini telah menunjukkan bahawa beliau merupakan tokoh ulama yang disegani yang telah memberikan sumbangan yang penting terutamanya dalam bidang hadis melalui penghasilan karya-karya beliau dalam bidang tersebut. Oleh itu, sewajarnyalah hasil kajian tentang tokoh ini dikongsi dan diketengahkan di kalangan masyarakat sebagai bukti bahawa Pulau Pinang turut berperanan dalam menyumbang kepada kelahiran tokoh-tokoh ulama di negara kita.