Kajian tahap profesionalisme keguruan lepasan sarjana pendidikan KUiTTHO: penilaian kendiri

Laporan Projek Sarjana ini mempersembahkan hasil kajian yang bertajuk "Kajian Tahap Profesionalisme Keguruan Lepasan Saijana Pendidikan KUiTTHO : Laporan Kendiri. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri kualiti profesionalisme keguruan yang dimiliki oleh lepasan Saijana Pendidikan...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Hussin, Nor Haziah
格式: Thesis
语言:English
English
English
出版: 2003
主题:
在线阅读:http://eprints.uthm.edu.my/9451/1/24p%20NOR%20HAZIAH%20HUSSIN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9451/2/NOR%20HAZIAH%20HUSSIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9451/3/NOR%20HAZIAH%20HUSSIN%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9451/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Laporan Projek Sarjana ini mempersembahkan hasil kajian yang bertajuk "Kajian Tahap Profesionalisme Keguruan Lepasan Saijana Pendidikan KUiTTHO : Laporan Kendiri. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri kualiti profesionalisme keguruan yang dimiliki oleh lepasan Saijana Pendidikan KUiTTHO di Politeknik dan mengenalpasti sejauhmana kecenderungan lepasan Saijana Pendidikan KUiTTHO untuk meningkatkan tahap profesionalisme mereka. Sampel kajian adalah seramai 23 orang responden. Kajian adalah berbentuk tinjauan iaitu menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada pensyarah lepasan Saijana Pendidikan KUiTTHO yang bertugas di Bahagian Perdagangan Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah. Kesemua data di analisis dalam bentuk deskriptif dan frekuensi. Kaedah peratusan diguDakan untuk menganalisis data bagi latarbelakang responden. Manakala kaedah purata skor digunakan untuk menganalisis data bagi ciri-ciri kualiti yang disenaraikan iaitu dari segi pengetahuan dalam bidang yang diajar, kemahiran dan kaedah pengajaran serta sahsiah yang dimiliki dan tahap kecenderungan responden untuk meningkatkan tahap profesionalisme. Analisis yang dijalankan menunjukkan bahawa keseluruhan responden mempunyai ciri-ciri kualiti yang diperlukan untuk memenuhi tahap profesionalisme keguruan dan responden juga mempunyai kecenderungan untuk meningkatkan tahap profesionalisme keguruan yang ada. Di akhir kajian ini, pengkaji mencadangkan agar diwujudkan satu Panduan Ringkas Penilaian Tahap Profesionalisme Keguruan yang boleh digunakan sebagai kriteria/panduan dalam proses pemilihan pensyarah baru dan panduan kepada pensyarah sedia ada dan dicadangkan supaya kajian ini dilanjutkan ke seluruh Politeknik di Malaysia.