Kecelaruan personaliti antisosial di kalangan pelajar politeknik: satu kajian awal

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kecelaruan personalis antisosial (KPA) yang berlaku di kalangan remaja atau muda-mudi terutama di Politeknik Malaysia yang mungkin mengakibatkan berlakunya masalah sosial di kalangan mereka. Kajian ini berbentuk kuantitatif. Sampel kajian telah d...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Ab Tahir, Aliff
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
English
English
منشور في: 2007
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://eprints.uthm.edu.my/7280/1/24p%20ALIFF%20AB%20TAHIR.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7280/2/ALIFF%20AB%20TAHIR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7280/3/ALIFF%20AB%20TAHIR%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7280/
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kecelaruan personalis antisosial (KPA) yang berlaku di kalangan remaja atau muda-mudi terutama di Politeknik Malaysia yang mungkin mengakibatkan berlakunya masalah sosial di kalangan mereka. Kajian ini berbentuk kuantitatif. Sampel kajian telah dipilih di empat buah politeknik. Politeknik yang terlibat adalah politeknik zon selatan. Responden kajian ini terdiri daripada 340 orang pelajar pengambilan bam semester satu yang memasuki institusi berkenaan. Responden juga terdiri daripada pelajar peringkat sijil dan diploma daripada pelbagai pengkhususan. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik. Data yang telah dikumpulkan dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Statistik yang digunakan adalah statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan di antara 10 jenis kecelaruan, kecelaruan avoidant mencatatkan skor min tertinggi iaitu dengan skor min 3.24 (a = 1.055). Selain itu, pengkaji mendapati personaliti antisosial yang berlaku di kalangan pelajar politeknik adalah pada tahap yang sederhana iaitu skor min 2.35 (a =0.933). Hasil daripada kajian juga mendapati faktor sosial mencatatkan skor min tertinggi iaitu 2.07 (a = 0.851). Faktor keluarga pula hanya mencatatkan skor min 2.03 (g = 0.887). Pengkaji juga mendapati responden lebih gemar kepada konsep keagamaan berbanding konsep-konsep yang lain sekiranya mereka menghadapi masalah. Oleh itu diharapkan kajian ini dapat memberikan penjelasan sedikit sebanyak mengenai kecelaruan personaliti antisosial yang berlaku di kalangan pelajar politeknik di masa kini.