Kecelaruan personaliti antisosial di kalangan pelajar politeknik: satu kajian awal

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kecelaruan personalis antisosial (KPA) yang berlaku di kalangan remaja atau muda-mudi terutama di Politeknik Malaysia yang mungkin mengakibatkan berlakunya masalah sosial di kalangan mereka. Kajian ini berbentuk kuantitatif. Sampel kajian telah d...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Ab Tahir, Aliff
格式: Thesis
語言:English
English
English
出版: 2007
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/7280/1/24p%20ALIFF%20AB%20TAHIR.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7280/2/ALIFF%20AB%20TAHIR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7280/3/ALIFF%20AB%20TAHIR%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7280/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kecelaruan personalis antisosial (KPA) yang berlaku di kalangan remaja atau muda-mudi terutama di Politeknik Malaysia yang mungkin mengakibatkan berlakunya masalah sosial di kalangan mereka. Kajian ini berbentuk kuantitatif. Sampel kajian telah dipilih di empat buah politeknik. Politeknik yang terlibat adalah politeknik zon selatan. Responden kajian ini terdiri daripada 340 orang pelajar pengambilan bam semester satu yang memasuki institusi berkenaan. Responden juga terdiri daripada pelajar peringkat sijil dan diploma daripada pelbagai pengkhususan. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik. Data yang telah dikumpulkan dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Statistik yang digunakan adalah statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan di antara 10 jenis kecelaruan, kecelaruan avoidant mencatatkan skor min tertinggi iaitu dengan skor min 3.24 (a = 1.055). Selain itu, pengkaji mendapati personaliti antisosial yang berlaku di kalangan pelajar politeknik adalah pada tahap yang sederhana iaitu skor min 2.35 (a =0.933). Hasil daripada kajian juga mendapati faktor sosial mencatatkan skor min tertinggi iaitu 2.07 (a = 0.851). Faktor keluarga pula hanya mencatatkan skor min 2.03 (g = 0.887). Pengkaji juga mendapati responden lebih gemar kepada konsep keagamaan berbanding konsep-konsep yang lain sekiranya mereka menghadapi masalah. Oleh itu diharapkan kajian ini dapat memberikan penjelasan sedikit sebanyak mengenai kecelaruan personaliti antisosial yang berlaku di kalangan pelajar politeknik di masa kini.