Pelaksanaan amalan organisasi pembelajaran terhadap prestasi sekolah

Tuntutan organisasi sekolah melaksanakan perubahan ke arah menjadi sebuah organisasi pembelajaran adalah untuk memastikan organisasi sekolah mampu melaksanakan gerak balas secara responsif, adaptif dan efisien terhadap asakan perubahan yang berlaku. Meskipun konsep organisasi pembelajaran telah diba...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
第一著者: Ahmad, Nor Hafiza
フォーマット: 学位論文
言語:English
English
出版事項: 2021
主題:
オンライン・アクセス:http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/26033/1/Pelaksanaan%20amalan%20organisasi%20pembelajaran%20terhadap%20prestasi%20sekolah.pdf
http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/26033/2/Pelaksanaan%20amalan%20organisasi%20pembelajaran%20terhadap%20prestasi%20sekolah.pdf
http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/26033/
https://plh.utem.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=121225
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Tuntutan organisasi sekolah melaksanakan perubahan ke arah menjadi sebuah organisasi pembelajaran adalah untuk memastikan organisasi sekolah mampu melaksanakan gerak balas secara responsif, adaptif dan efisien terhadap asakan perubahan yang berlaku. Meskipun konsep organisasi pembelajaran telah dibangunkan lebih tiga dekad yang lalu, namun kajian empirik yang melibatkan organisasi sekolah masih kurang. Malah kajian yang meneliti hubungan antara pelaksanaan amalan organisasi pembelajaran dengan prestasi sekolah adalah amat terhad. Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap tahap pelaksanaan amalan organisasi pembelajaran, menentukan hubung kait antara aspek kepimpinan, sistem dan struktur kerja dan pembangunan dan prestasi staf dan mengenal pasti hubung kait antara pelaksanaan organisasi pembelajaran dengan prestasi sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan tinjauan kuantitatif yang melibatkan 13 buah organisasi sekolah menengah yang terdapat di daerah Melaka Tengah, Melaka. Soal selidik yang diadaptasi daripada model Learning Organisation Practices Profile yang telah dibina oleh O’Brien telah diedarkan kepada 500 orang responden yang terdiri daripada sumber manusia yang berkhidmat di organisasi sekolah yang terpilih. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian (SPSS) 25.0. Hasilnya menunjukkan bahawa pelaksanaan kesemua 12 komponen yang terkandung dalam model Learning Organisation Practices Profile berada di tahap yang tinggi. Aspek organisasi pembelajaran yang mencatatkan nilai min yang tertinggi ialah aspek kepimpinan, diikuti oleh aspek sistem dan struktur kerja dan pembangunan dan prestasi staf. Analisis korelasi peringkat Spearman menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara ketiga-tiga aspek organisasi pembelajaran. Nilai Pekali Korelasi Peringkat Spearman yang dicatatkan bagi aspek kepimpinan dan sistem dan struktur kerja ialah .73, bagi aspek sistem dan struktur kerja dan pembangunan dan prestasi staf ialah .78 dan aspek pembangunan dan prestasi staf dan kepimpinan ialah .64. Ini menunjukkan bahawa pelaksanaan amalan organisasi pembelajaran tidak akan berjaya tanpa sinergi yang utuh antara ketiga-tiga aspek organisasi pembelajaran. Analisis korelasi peringkat Spearman juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang lemah dan boleh diabaikan bagi aspek kepimpinan serta sistem dan struktur kerja dengan prestasi sekolah manakala aspek pembangunan dan prestasi staf pula mencatatkan hubungan yang rendah dengan prestasi sekolah. Nilai Pekali Korelasi Peringkat Spearman yang dicatatkan bagi aspek kepimpinan dan prestasi sekolah ialah .11, bagi aspek sistem dan struktur kerja dan prestasi sekolah ialah .18, bagi aspek pembangunan dan prestasi staf dengan prestasi sekolah ialah .21 dan bagi pelaksanaan amalan organisasi pembelajaran dan prestasi sekolah ialah .17. Pelaksanaan amalan organisasi pembelajaran mencatatkan hubungan yang lemah dengan prestasi sekolah. Ini menunjukkan bahawa pelaksanaan amalan organisasi pembelajaran mempengaruhi prestasi sekolah namun terdapat faktor lain yang mempengaruhi prestasi sekolah. Dapat disimpulkan bahawa tahap pelaksanaan di organisasi sekolah yang dikaji berada di tahap yang tinggi dan amalan organisasi pembelajaran memberikan pengaruh yang positif terhadap prestasi sekolah. Kajian ini telah menyumbang kepada kajian empirikal yang meneliti hubungan pelaksanaan amalan organisasi pembelajaran dengan prestasi sekolah.