Kebolehlaksanaan Sistem Jaminan Halal Di Kalangan Pengusaha Restoran Di Malaysia: Isu Dan Cabaran

Malaysia telah berjaya memperkenalkan standard halal pertama di dunia dan adalah antara negara pengeksport produk halal utama. Atas faktor permintaan tinggi dunia terhadap produk halal menyebabkan ramai pengusaha makanan berlumba-lumba ingin mendapatkan pensijilan halal Malaysia. Untuk mendapatkanny...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Sazelin, Arif, Safiah, Sidek, Norain, Ismail, Norun Najjah, Ahmat
格式: Conference or Workshop Item
語言:English
English
出版: 2013
主題:
在線閱讀:http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/11106/1/iECONS_2013.pdf
http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/11106/2/img_iecons2013.pdf
http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/11106/
http://submit.confbay.com/conf/iecons2013
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Malaysia telah berjaya memperkenalkan standard halal pertama di dunia dan adalah antara negara pengeksport produk halal utama. Atas faktor permintaan tinggi dunia terhadap produk halal menyebabkan ramai pengusaha makanan berlumba-lumba ingin mendapatkan pensijilan halal Malaysia. Untuk mendapatkannya sesuatu produk makanan perlu mematuhi aliran prosedur kerja dan standard yang ditetapkan oleh JAKIM. Bagi syarikat multinasional, mereka diwajibkan untuk membuat Sistem Jaminan Halal (SJH) terlebih dahulu. Dan tidak menjadi kesukaran untuk mereka mematuhi keperluan pensijilan halal yang ditetapkan. Ini terbukti apabila kajian menunjukkan sebahagian besar eksport produk halal adalah disumbangkan oleh syarikat multinasional dan syarikat bersaiz besar. Manakala bagi premis makanan yang ingin memohon pensijilan halal, pelaksanaan SJH dalaman amat digalakkan. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan kebolehlaksanaan SJH di kalangan pengusaha restoran. Perbincangan secara kritis akan dibuat dengan menyenaraikan beberapa kemungkinan permasalahan dan isu yang akan dihadapi oleh para pengusaha restoran dalam proses mereka melaksanakannya. Dicadangkan agar prosedur pengurusan SJH secara umumnya mungkin boleh dipermudahkan untuk kategori restoran kerana latar belakang dan ketidakmampuan mereka tanpa merosakkan sifat halal yang syumul.