Pengaruh Faktor Pengetahuan terhadap Konstruksi Identiti Dalam Talian Menerusi Penggunaan Facebook

Media sosial membolehkan individu mewujudkan identiti dalam talian untuk memaparkan identiti pilihan mereka. Individu bukan sekadar mengkonstruksi identiti di luar talian malah boleh mengkonstruk semula identiti secara dalam talian. Identiti dalam talian membenarkan individu berinteraksi dengan semu...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Jamilah, Maliki, Mohd Nor Shahizan, Ali
格式: Article
語言:English
出版: UKM Press 2020
主題:
在線閱讀:http://ir.unimas.my/id/eprint/32177/1/Pengaruh%20Faktor%20Pengetahuanterhadap%20%20KonstruksiIdentiti%20Dalam%20Talian%20MenerusiPenggunaanFacebook.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/32177/
http://ejournal.ukm.my/mjc/article/view/42926
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Media sosial membolehkan individu mewujudkan identiti dalam talian untuk memaparkan identiti pilihan mereka. Individu bukan sekadar mengkonstruksi identiti di luar talian malah boleh mengkonstruk semula identiti secara dalam talian. Identiti dalam talian membenarkan individu berinteraksi dengan semua lapisan pengguna termasuk orang yang tidak dikenali. Walau bagaimanapun, kajian sebelum ini tidak mengkaji sumber peribadi yang perlu dimiliki oleh seseorang individu untuk membolehkannya mengkonstruk identiti dalam talian. Kajian lalu juga didapati kurang meneliti kepelbagaian identiti yang mungkin dikonstruksi dalam talian sama ada identiti unggul, sebenar ataupun identiti samaran. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor pengetahuan yang mempengaruhi pengguna media sosial apabila mengkonstruksi identiti dalam talian. Pengguna aktif Facebook dalam kalangan 400 penuntut di empat buah institusi pengajian tinggi dipilih sebagai responden kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara faktor pengetahuan yang dimiliki oleh pengguna Facebook dengan konstruksi identiti dalam talian sama ada identiti unggul, sebenar dan samaran. Aspek yang mendasari struktur pengetahuan telah dikenal pasti sebagai pengetahuan am, pengalaman, penapisan bahasa, pengetahuan memuat naik, penapisan komen dan penulisan status merupakan aspek penting yang diambil kira oleh responden apabila mengkonstruk identiti dalam talian. Interaksi sosial di Internet memberi ruang kepada individu mencipta sendiri dan memaparkan identiti mengikut acuan yang diinginkan dan dipaparkan kepada umum.