Pemikiran Islah Hashim A. Ghani (1927-2004) Berkait Persoalan Taklid Dalam Kalangan Masyarakat Melayu

Hashim A. Ghani merupakan antara tokoh islah terawal di Negeri Sembilan yang lantang menyebarkan idea islah. Perjuangan islahnya terutama dalam menjelaskan tafsiran berkenaan persoalan taklid telah menimbulkan reaksi yang berbeza dalam kalangan masyarakat. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji pemakn...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Mohamad Aqil Aziz Tuah, Mohamad Shaukhi Mohd Radzi
格式: Article
语言:English
English
出版: Penerbit UMS 2024
主题:
在线阅读:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39319/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39319/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39319/
https://doi.org/10.51200/manu.v35i1.5056
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Hashim A. Ghani merupakan antara tokoh islah terawal di Negeri Sembilan yang lantang menyebarkan idea islah. Perjuangan islahnya terutama dalam menjelaskan tafsiran berkenaan persoalan taklid telah menimbulkan reaksi yang berbeza dalam kalangan masyarakat. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji pemaknaan Hashim A. Ghani berkenaan taklid dan menganalisis pemikirannya tentang dua persoalan utama taklid dalam kalangan masyarakat Melayu. Kajian ini adalah sebuah kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian analisis kandungan dan pensejarahan. Data-data kajian diperoleh daripada sumber primer dan sekunder daripada kajian teks dan temu bual. Kajian ini mendapati pemaknaan taklid menurut Hashim A. Ghani adalah perbuatan menerima sesuatu pendapat atau fatwa seseorang dalam urusan agama tanpa diketahui sumber asalnya. Menurutnya, perbuatan taklid bertentangan dengan konsep ittiba’. Hashim A. Ghani menegaskan bahawa mengamalkan taklid ialah haram, sedangkan melakukan ittiba’ ialah wajib. Dua persoalan taklid masyarakat Melayu yang telah menarik Hashim A. Ghani melakukan ulasan adalah berkenaan kekeliruan memahami taklid dan kewajipan bermazhab fiqh. Isu pertama dalam persoalan taklid adalah kekeliruan masyarakat Melayu dalam membezakan antara taklid dan ittiba’, keabsahan melakukan taklid, dan isu kelayakan berijtihad. Isu kedua dalam persoalan taklid adalah persoalan kewajipan bermazhab fiqh. Hashim A. Ghani melontarkan gagasan penilaian semula terhadap isu kewajipan masyarakat untuk bertaklid kepada mazhab Syafii sahaja, sekali gus dengan pengharaman melakukan talfiq.