Reaksi dan pengalaman masyarakat Pulau Gaya semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan covid-19 di Kota Kinabalu, Sabah

Kajian ini adalah berkaitan penelitian reaksi dan pengalaman masyarakat Pulau Gaya semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di Kota Kinabalu, Sabah. Pulau Gaya merupakan sebuah pulau yang terletak dikawasan bandar utama yang mengalami pembangunan dan pertumbuhan penduduk yang semakin pes...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Nor-Ina Kanyo, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Jabil Mapjabil, Rosazman bin Hussin, Jalihah Md Shah, Suhailah Abdul Muin, Oliver Valentine Eboy, Budi Anto Mohd Tamring, Datu Razali Datu Eranza, Jashmaira Kipli, Nur Fitriaida Jamali, Rosdiana Betare
格式: Article
語言:English
English
出版: Akademia Baru 2020
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26998/1/Reaksi%20dan%20pengalaman%20masyarakat%20Pulau%20Gaya%20semasa%20pelaksanaan%20perintah%20kawalan%20pergerakan%20covid-19%20di%20Kota%20Kinabalu%2C%20Sabah-Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26998/2/Reaksi%20dan%20Pengalaman%20Masyarakat%20Pulau%20Gaya%20Semasa%20Pelaksanaan%20Perintah%20Kawalan%20Pergerakan%20Covid-19%20Di%20Kota%20Kinabalu%2C%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26998/
http://www.akademiabaru.com/submit/index.php/arsbs
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini adalah berkaitan penelitian reaksi dan pengalaman masyarakat Pulau Gaya semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di Kota Kinabalu, Sabah. Pulau Gaya merupakan sebuah pulau yang terletak dikawasan bandar utama yang mengalami pembangunan dan pertumbuhan penduduk yang semakin pesat. Akibat penularan wabak COVID-19 sejak Disember 2019, hampir seluruh dunia terkena tempias kesan daripada penyakit tersebut. Justeru itu, bagi mengekang rebakan penyakit COVID-19, kerajaan Malaysia mengambil langkah dengan melaksanakan PKP yang bermula pada 18 Mac 2020. PKP yang dilaksanakan kerajaan Malaysia adalah berfasa bermula dari fasa 1 iaitu PKP hingga kini fasa 7 ialah PKPP. Dalam kajian ini adalah tertumpu kepada PKP fasa 1 hingga fasa 3 sahaja kerana pada masa ini segala aktiviti yang bukan perkhidmatan penting (essential services) adalah tidak dibenarkan beroperasi. Hal ini mengakibatkan masyarakat Malaysia mengalami kesan daripada ekonomi dan sosial. Oleh itu, bagi melihat sendiri kesan yang dialami oleh penduduk maka kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat sejauh mana masyarakat Pulau Gaya terkesan akibat daripada pelaksanaan PKP dan kajian ini ingin menilai reaksi masyarakat Pulau Gaya berkaitan pelaksanaan PKP. Objektif yang digariskan dalam kajian ini iaitu pertama meneliti reaksi masyarakat Pulau Gaya terhadap pelaksanaan PKP. Kedua, mengenalpasti kesan pelaksanaan PKP dari segi ekonomi dan sosial masyarakat Pulau Gaya. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kajian kepustakaan dan edaran instrumen borang soal selidik kajian. Dalam kajian ini mendapati masyarakat Pulau Gaya mempunyai tahap kepekaan yang tinggi berkaitan dengan pelaksanaan PKP walaupun turut terjejas teruk akibat pelaksanaan PKP. Hal ini demikian kerana pemantauan pihak berwajib adalah sangat ketat dan teratur.