Inventori Odonata di Kunak, Sabah

Borneo mempunyai kelimpahan spesis Odonata yang tinggi. Namun demikian, aktiviti pembukaan hutan untuk tanaman kontan seperti kelapa sawit telah mengubah struktur hutan dan boleh menyebabkan kepupusan habitat semulajadi yang penting dan menjejaskan kepelbagaian spesis Odonata. Untuk kajian ini, per...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: AB. Haqim Zulkapli
التنسيق: Academic Exercise
اللغة:English
منشور في: 2008
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19870/1/Inventori%20Odonata%20di%20Kunak%2C%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19870/
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Borneo mempunyai kelimpahan spesis Odonata yang tinggi. Namun demikian, aktiviti pembukaan hutan untuk tanaman kontan seperti kelapa sawit telah mengubah struktur hutan dan boleh menyebabkan kepupusan habitat semulajadi yang penting dan menjejaskan kepelbagaian spesis Odonata. Untuk kajian ini, persampelan dilakukan secara pencarian terus dan objektif kajian adalah untuk menyediakan senarai semak bagi spesis Odonata yang terdapat di ladang sawit Mostyn. Persampelan dilakukan selama lima hari di kawasan persekitaran Tasik Impian dan juga dalam kawasan ladang kelapa sawit. Sebanyak 30 spesis telah dikenalpasti di kawasan ladang Mostyn yang terdiri daripada 23 spesis Anisoptera dan tujuh lagi merupakan pepatung jenis Zygoptera. Famili Libellulidae mencatatkan jumlah spesis yang terbanyak dengan 21 spesis daripada 13 genera. Kebanyakkan spesis hanya tertumpu di satu kawasan sahaja samada di kawasan tasik atau di dalam kawasan ladang. Namun, beberapa spesis seperti Trithemis aurora, Orthetrum giaucum, Orthetrum testaceum, dan juga Ceriagrion cerinorubellum turut dijumpai di kedua-dua habitat kajian. Kawasan yang paling penting di ladang Mostyn adalah kawasan Tasik Impian yang mencatatkan jumlah penangkapan spesis yang tertinggi berbanding dengan kawasan dalam ladang kelapa sawit