Peti elektronik dwi-fungsi

Kepelbagaian teknologi yang semakin canggih pada zaman sekarang telah menyebabkan pengguna kurang memberi perhatian terhadap keadaan di sekeliling mereka. Peti surat merupakan salah satu perkara yang kurang diberi perhatian oleh pengguna disebabkan wujudnya perkhidmatan perhubungan yang semakin can...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
第一著者: Lynliana Anak Unjan
フォーマット: Academic Exercise
言語:English
出版事項: 2015
主題:
オンライン・アクセス:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17737/1/Peti%20elektronik.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17737/
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Kepelbagaian teknologi yang semakin canggih pada zaman sekarang telah menyebabkan pengguna kurang memberi perhatian terhadap keadaan di sekeliling mereka. Peti surat merupakan salah satu perkara yang kurang diberi perhatian oleh pengguna disebabkan wujudnya perkhidmatan perhubungan yang semakin canggih dari masa ke semasa. Selain itu, terdapat juga pengguna yang leka tentang keselamatan rumah pada waktu malam. Projek ini dibuat untuk menghasilkan sebuah peti elektronik dwi-fungsi yang berfungsi sebagai sebuah peti surat elektronik dan juga berfungsi sebagai sebuah lampu yang menyala secara automatik pada waktu malam. Litar peti elektronik dwi-fungsi ini diuji pada waktu slang, malam dan ketika cuaca mendung untuk mengenalpasti sama ada LED menyalakan lampu ataupun tidak sekiranya terdapat surat ataupun tiada surat di dalam peti elektronik tersebut Di samping itu, litar diuji untuk mengenalpasti nilai intensiti cahaya yang menyebabkan lampu menyala dan juga intensiti cahaya lampu tersebut. LED menyalakan lampu sekiranya terdapat surat di dalam peti elektronik tersebut. Selain itu, LED tersebut juga menyalakan lampu secara automatik sekiranya keadaan sekeliling menjadi gelap atau pada waktu malam. Keputusan eksperimen menunjukkan dengan menggunakan LDR 200kΩ, projek ini berfungsi dengan baik dan menyalakan lampu apabila terdapat kehadiran surat di dalam peti elektronik tersebut dan apabila keadaan sekeliling menjadi semakin gelap. LDR yang lain pula kurang peka terhadap kekurangan cahaya yang disebabkan kehadiran surat yang diterima oleh LDR pada waktu slang. Penambahbaikan boleh dibuat untuk menurunkan beban kuasa litar dan untuk membezakan dengan tepat akan kehadiran surat dan apabila keadaan sekeliling menjadi semakin gelap.