Idea politik gerakan radikal dan konservatif dalam perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu 1946 - 1957

Artikel ini bermatlamat meneliti idea Gerakan Konservatif dan Radikal dalam perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu antara tahun 1946 hingga tahun 1957 yang melibatkan kedudukan raja Melayu, bahasa Melayu, ekonomi Melayu, kerakyatan Tanah Melayu, dan geografi politik. Setiap gerakan politik Melayu mempu...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Mohd Abdul Aziz Ahmad, Mokhtaruddin Ahmad
格式: Non-Indexed Article
出版: Universiti Malaysia Kelantan 2016
在線閱讀:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8326/
http://teniat.umk.edu.my/images/TENIATVol4-2016/TENIAT,%20Vol%204,%20Issue%201,%20pp%2033-50.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Artikel ini bermatlamat meneliti idea Gerakan Konservatif dan Radikal dalam perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu antara tahun 1946 hingga tahun 1957 yang melibatkan kedudukan raja Melayu, bahasa Melayu, ekonomi Melayu, kerakyatan Tanah Melayu, dan geografi politik. Setiap gerakan politik Melayu mempunyai pandangan mereka tersendiri dalam memperjuangkan isu kepentingan Melayu ini.Perkara yang menjadi persoalan kajian ialah bagaimanakah idea ini diutarakan untuk kemerdekaan Tanah Melayu? Adakah idea politik kedua-dua gerakan politik Melayu ini diterima pakai selepas Kemerdekaan Tanah Melayu? Bagi menjawab persoalan tersebut, kajian dilakukan berdasarkan tema sejarah politik yang menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan berdasarkan kepada dua sumber iaitu sumber primer dan sekunder. Sumber primer diperoleh daripada Arkib Negara yang terdiri daripada surat perseorangan, fail pentadbiran penjajah British, majalah dan akhbar pada zaman tersebut. Sumber sekunder pula terdiri daripada jurnal, tesis dan buku.Hasil daripada penilaian yang dibuat ideaidea gerakan Radikal dan Konservatif telah memberi sumbangan yang besar kepada kemerdekaan Tanah Melayu dan juga sebahagian idea-idea gerakan Konservatif dan Radikal diterima pakai dalam perlembagaan Tanah Melayu 1957.