Kempen obesiti remaja di Kelantan melalui poster bersiri.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan,mengenai Kempen Obesiti Remaja di Kelantan Melalui Poster Bersiri telah menjadi isu yang difokuskan kerana kurangnya kempen obesiti di Kelantan dan permasalahan obesiti merupakan isu yang sangat serius kerana setiap tahun masalah obesiti semakin meningkat kera...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Sharifah Norhaslinda, Syed Hamid
格式: Undergraduate Final Project Report
出版: 2015
在線閱讀:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/6687/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Berdasarkan kajian yang telah dilakukan,mengenai Kempen Obesiti Remaja di Kelantan Melalui Poster Bersiri telah menjadi isu yang difokuskan kerana kurangnya kempen obesiti di Kelantan dan permasalahan obesiti merupakan isu yang sangat serius kerana setiap tahun masalah obesiti semakin meningkat kerana 1 daripada 5 rakyat Malaysia yang berumur 10 hingga 19 tahun mempunyai masalah berat badan berlebihan.Objektif kajian ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kesan berat badan berlebihan dalam kalangan remaja melalui penggunaan poster bersiri dan untuk menghasilkan poster bersiri berkaitan dengan masalah obesiti terhadap remaja.Kajian ini menghasilkan poster bersiri sebanyak 3 siri bersaiz A2.kajian ini juga dilakukan terhadap 50 orang responden terdiri daripada golongan remaja 100% fokusnya kepada bangsa Melayu.Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan kaedah temubual,pemerhatian,soal selidik dan kajian daripada bahan bacaan ilmiah.Poster bersiri ini adalah bersaiz A2 iaitu 420mm lebar dan 594mm tinggi.Poster bersiri ini berkonsepkan minimal dan menggunakan hal benda seperti penimbang berat yang retak,kasut tumit tinggi yang patah,kerusi yang patah dan skateboard patah.Keadaan hal benda yang terdapat dalam poster merupakan metafora yang ditonjolkan untuk menunjukkan bahawa obesiti memberi impak yang tidak baik,dan aktiviti seharian orang obes adalah terbatas.Teknik yang digunakan untuk menghasilkan poster ini ialah teknik fotografi,proses edit gambar menggunakan adobe photoshop,dan dicetak pada kertas sintetik.Warna pada latar belakang hal benda yang terdapat dalam poster adalah sama iaitu kelabu,manakala warna yang digunakan pada tajuk ialah warna oren.Oren mempunyai sifat yang aktif,warna yang segar,bertenaga,dan sihat.Oren merupakan warna kegemaran bagi golongan kanak-kanak dan juga remaja.Warna pada font ialah putih yang merupakan kombinasi warna yang menarik dengan oren.Jenis font yang digunakan ialah jenis san serif iaitu font century gothic bold dan regular.Hasil dapatan kajian daripada responden ialah positif dan bersetuju bahawa poster pencegahan obesiti menggunakan imej sebagai medium penyampaian dalam poster bersiri.