Nilai - Nilai Kemanusiaan Dalam Novel Srengenge Karya Shahnon Ahmad: Aplikasi Teori Pengkaedahan Melayu

Kajian ini dilakukan kerana pengkaji mendapati novel Srengenge sememangnya kaya dengan nilai kemanusiaan yang dapat memberikan sumber teladan dan ilmu pengetahuan yang berguna kepada khalayak pembaca. Seterusnya, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti, dan menganalisis nilai - nil...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
第一著者: Othman, Mastura
フォーマット: Undergraduate Final Project Report
言語:Malay
出版事項: 2022
オンライン・アクセス:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3757/1/MASTURA%20BINTI%20OTHMAN%20C18A0096.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3757/
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Kajian ini dilakukan kerana pengkaji mendapati novel Srengenge sememangnya kaya dengan nilai kemanusiaan yang dapat memberikan sumber teladan dan ilmu pengetahuan yang berguna kepada khalayak pembaca. Seterusnya, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti, dan menganalisis nilai - nilai kemanusian dalam novel Srengenge dengan mengaplikasikan Teori engkaedahan Melayu. Tambahan pula, kajian ini membataskan hanya sebuah novel sahaja iaitu novel Srengenge karya Shahnon Ahmad. Semamangnya novel ini kurang mendapat perhatian terutamanya dalam kalangan pembaca remaja kerana kebanyakkan daripada mereka lebih meminati terhadap novel yang berunsurkan kisah cinta berbanding novel fiksyen. Oleh itu, dengan adanya kajian ini ianya mampu membantu membuka minda golongan remaja untuk membacanya. Selain itu, pengkaji turut menggunakan kaedah kajian kualitatif yang dipilih sbeagai kerangka panduan untuk menyempurnakan lagi kajian ini. Dalam kajian ini, penerapan Teori Pengkaedahan Melayu yang diilhamkan oleh Hashim Awang pada tahun 1989 dipilih untuk dijadikan sebagai gagasan bagi mengukuhkan lagi analisis kajian ini. Dapatan menunjukkan bahawa dalam novel Srengenge karya Shahnon Ahmad ini jelas membuktikan bahawa novel tersebut mengandungi nilai-nilai kemanusiaan yang dapat memberi penghayatan dan kefahaman kepada khalayak pembaca mengenai nilai-nilai kemanusiaan yan diketegahkan oleh penulis dalam novel Srengenge, seterusnya mampu memberikan contoh teladan yang baik untuk membentuk masyarakat memiliki moral yang dalam kehidupan seharian.