Ideologi kepimpinan dalam ucapan Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak

Ideologi kepemimpinan merupakan salah satu cara berfikir untuk menjelaskan suatu sistem yang membolehkan manusia mengaturkan cara hidupnya serta memainkan peranan dalam struktur sosial. Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk memperlihatkan hubungan dialektikal antara bahasa dengan satu aspek p...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلفون الرئيسيون: Abu Bakar, Mazlan, Zainon Hamzah, Zaitul Azma, Saimon, Aminnudin
التنسيق: مقال
اللغة:English
منشور في: Kulliyyah of Languages and Management 2021
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://irep.iium.edu.my/94395/7/94395_Ideologi%20kepimpinan%20dalam%20ucapan%20Dato%27%20Seri%20Najib%20Tun%20Abdul%20Razak.pdf
http://irep.iium.edu.my/94395/
https://www.iium.edu.my/media/77658/Ideologi%20Kepemimpinan%20dalam%20Ucapan%20Dato%E2%80%99%20Seri%20Najib%20Tun%20Abdul%20Razak.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Ideologi kepemimpinan merupakan salah satu cara berfikir untuk menjelaskan suatu sistem yang membolehkan manusia mengaturkan cara hidupnya serta memainkan peranan dalam struktur sosial. Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk memperlihatkan hubungan dialektikal antara bahasa dengan satu aspek proses sosial, iaitu kepimpinan. Kajian ini juga membincangkan kaedah pemimpin negara menggunakan wacana dalam keberkesanan proses kepemimpinannya. Kajian ini menganalisis teks perutusan kemerdekaan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak sempena hari kemerdekaan kali ke-59 (2016). Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan. Teori analisis wacana kritis Fairclough diterapkan dalam kajian ini untuk menjelaskan hubungan kuasa dan melihat perkaitan praktikal dalam konteks ekonomi, sosial, budaya dan politik. Dapatan kajian memperlihatkan praktis kepemimpinan Najib Abdul Razak melalui dimensi amalan wacana, iaitu cara wacana diproses serta ciri interdiskursiviti dan intertekstualiti wacana yang dimanfaatkan. Oleh itu, berlandaskan teori analisis kritis ini dengan jelas membuktikan bahawa wacana pengucapan Najib Tun Abdul Razak mengandungi praktis kepimpinannya