LAKUAN BAHASA EKSPRESIF SEBAGAI STRATEGI KOMUNIKASI GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)

Kecekapan guru untuk berkomunikasi dengan berkesan bersama murid dapat memberikan impak yang positif terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk mencapai objektif pembelajaran yang digariskan. Di samping itu, strategi komunikasi yang baik dan menarik juga berupaya mewujudkan sesi PdP y...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Hashim, Nasihah, Yahya, Maizatul Azura, Ahmad, Ainal Akmar, Johari, Arina
格式: Conference or Workshop Item
語言:Malay
出版: Pusat Pengajian Bahasa Tamadun dan Sastera UUM 2021
主題:
在線閱讀:http://irep.iium.edu.my/91981/1/Prosiding%20RENTAS%202021%20%28BIL.2%29%20DR%20SUDIRMAN.pdf
http://irep.iium.edu.my/91981/
http://slcp.uum.edu.my/; http://rentas2021.wixsite.com/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kecekapan guru untuk berkomunikasi dengan berkesan bersama murid dapat memberikan impak yang positif terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk mencapai objektif pembelajaran yang digariskan. Di samping itu, strategi komunikasi yang baik dan menarik juga berupaya mewujudkan sesi PdP yang produktif dan kreatif serta menyeronokkan. Interaksi guru dengan murid dalam sesi PdP melibatkan pelbagai lakuan bahasa seperti lakuan bahasa asertif, direktif dan ekspresif sebagai pemudah cara guru dalam sesi pengajaran. Lakuan bahasa tersebut diujarkan oleh guru dengan pelbagai cara dan teknik yang bersesuaian dengan para pelajar mereka. Lakuan bahasa juga hadir dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang terpaksa dijalankan oleh guru dengan menggunakan pelbagai medium. Interaksi guru dengan murid lazimnya dilakukan melalui medium aplikasi sembang Telegram dan WhatsApp. Oleh itu, makalah ini akan membincangkan bentuk lakuan ekspresif yang dipilih oleh guru ketika berinteraksi dengan murid sebagai salah satu strategi komunikasi yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) melalui aplikasi Telegram dan WhatsApp. Data kajian diperoleh secara rawak daripada beberapa sesi PdPR yang dijalankan oleh guru sekolah rendah. Berdasarkan tinjauan awal didapati guru menggunakan lakuan ekspresif memberi pujian, mengucapkan terima kasih, memberi ucapan selamat, mengucapkan tahniah dan mendoakan sebagai salah satu strategi meningkatkan motivasi belajar murid.