LAKUAN BAHASA EKSPRESIF SEBAGAI STRATEGI KOMUNIKASI GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)

Kecekapan guru untuk berkomunikasi dengan berkesan bersama murid dapat memberikan impak yang positif terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk mencapai objektif pembelajaran yang digariskan. Di samping itu, strategi komunikasi yang baik dan menarik juga berupaya mewujudkan sesi PdP y...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
主要な著者: Hashim, Nasihah, Yahya, Maizatul Azura, Ahmad, Ainal Akmar, Johari, Arina
フォーマット: Conference or Workshop Item
言語:Malay
出版事項: Pusat Pengajian Bahasa Tamadun dan Sastera UUM 2021
主題:
オンライン・アクセス:http://irep.iium.edu.my/91981/1/Prosiding%20RENTAS%202021%20%28BIL.2%29%20DR%20SUDIRMAN.pdf
http://irep.iium.edu.my/91981/
http://slcp.uum.edu.my/; http://rentas2021.wixsite.com/
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Kecekapan guru untuk berkomunikasi dengan berkesan bersama murid dapat memberikan impak yang positif terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk mencapai objektif pembelajaran yang digariskan. Di samping itu, strategi komunikasi yang baik dan menarik juga berupaya mewujudkan sesi PdP yang produktif dan kreatif serta menyeronokkan. Interaksi guru dengan murid dalam sesi PdP melibatkan pelbagai lakuan bahasa seperti lakuan bahasa asertif, direktif dan ekspresif sebagai pemudah cara guru dalam sesi pengajaran. Lakuan bahasa tersebut diujarkan oleh guru dengan pelbagai cara dan teknik yang bersesuaian dengan para pelajar mereka. Lakuan bahasa juga hadir dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang terpaksa dijalankan oleh guru dengan menggunakan pelbagai medium. Interaksi guru dengan murid lazimnya dilakukan melalui medium aplikasi sembang Telegram dan WhatsApp. Oleh itu, makalah ini akan membincangkan bentuk lakuan ekspresif yang dipilih oleh guru ketika berinteraksi dengan murid sebagai salah satu strategi komunikasi yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) melalui aplikasi Telegram dan WhatsApp. Data kajian diperoleh secara rawak daripada beberapa sesi PdPR yang dijalankan oleh guru sekolah rendah. Berdasarkan tinjauan awal didapati guru menggunakan lakuan ekspresif memberi pujian, mengucapkan terima kasih, memberi ucapan selamat, mengucapkan tahniah dan mendoakan sebagai salah satu strategi meningkatkan motivasi belajar murid.