Pengundi dan isu dalam pilihan raya kecil Kajang

Kajian ini diadakan untuk meninjau keadaan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan memberi tumpuan terhadap peranan pengundi, isu, dan imej parti sebagai penentu kepada keputusan pengundi. Tinjauan pengundi dilakukan sebelum penamaan calon dan tinjauan kedua dibuat se...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Syed Abdullah Idid, Syed Arabi
格式: Book Chapter
語言:English
出版: IIUM Press, International Islamic University Malaysia 2018
主題:
在線閱讀:http://irep.iium.edu.my/68171/1/68171_Pengundi%20dan%20isu%20dalam%20pilihan%20raya%20kecil%20Kajang.pdf
http://irep.iium.edu.my/68171/
http://www.iium.edu.my/office/iiumpress
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini diadakan untuk meninjau keadaan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan memberi tumpuan terhadap peranan pengundi, isu, dan imej parti sebagai penentu kepada keputusan pengundi. Tinjauan pengundi dilakukan sebelum penamaan calon dan tinjauan kedua dibuat seminggu selepas tarikh pengundian untuk melihat sebarang perubahan yang berlaku akibat kempen politik oleh kedua-kedua buah parti yang bertanding. Isu dan faktor lain dalam kajian pertama kemudiannya dibandingkan dalam kajian kedua untuk melihat sekiranya terdapat perbezaan dan persamaan. Penamaan calon diadakan pada 11 Mac 2014 dan pembuangan undi diadakan pada 23 Mac 2014. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan soalselidik melibatkan seramai 589 responden (Kajian Pra) dan 619 responden (Kajian Pasca) dari lapan daerah mengundi di Kajang bagi mengenalpasti isu yang relevan bagi pengundi serta mengetahui kewajaran PRK itu diadakan. Imej parti dan pemimpin parti banyak dibincangkan oleh pengundi. Beberapa ciri tentang Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) diberikan oleh pengundi, termasuk mengaitkan isu tempatan dengan isu nasional. Kedua-dua kajian Pra dan Pasca PRK juga memperlihatkan majoriti responden berasakan PRK wajar diadakan. Hal ini menjadi titik tolak kepada pengundi-pengundi Kajang untuk menuntut beberapa masalah yang dirasakan penting kepada mereka seperti masalah kawasan diselesaikan oleh pihak-pihak berwajib.