Umur Minimum Tanggungjawab Jenayah Kanakkanak: Menilai Undang-Undang Malaysia Dari Perspektif Undang-Undang Antarabangsa

Umur minimum tanggungjawab jenayah merujuk tahap usia kanak-kanak boleh secara munasabah dan adil dikenakan liabiliti atas tindakan jenayah yang mereka lakukan. Sehingga sekarang, penentuan umur minimum tanggungjawab jenayah kanak-kanak masih lagi kekal sebagai isu kontroversi dalam kalangan sis...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Aminuddin, Mustaffa
格式: Article
语言:Malay
出版: 2016
主题:
在线阅读:http://eprints.unisza.edu.my/5327/1/FH02-FUHA-17-08371.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/5327/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Umur minimum tanggungjawab jenayah merujuk tahap usia kanak-kanak boleh secara munasabah dan adil dikenakan liabiliti atas tindakan jenayah yang mereka lakukan. Sehingga sekarang, penentuan umur minimum tanggungjawab jenayah kanak-kanak masih lagi kekal sebagai isu kontroversi dalam kalangan sistem keadilan juvenil di seluruh dunia. Praktis dalam sistem keadilan jenayah juvenil yang sedia ada menunjukkan tiada keseragaman dalam memilih dan menetapkan umur minimum tanggungjawab jenayah. Rujukan instrumen antarabangsa menunjukkan terdapat prinsip dan garis panduan yang ditetapkan dalam penentuan umur minimum tanggungjawab jenayah kanak-kanak. Oleh itu, makalah akan cuba meneliti aspek berkaitan dengan prinsip dan panduan yang digariskan oleh instrumen antarabangsa dalam perkara ini. Seterusnya, makalah ini juga akan menganalisis sejauh manakah rangka kerja undang-undang Malaysia mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa, sekali gus cuba mengenal pasti ruang penambahbaikan undang-undang dan polisi yang sedia ada.