Tahap Penguasaan Kemahiran Insaniah (Komunikasi) Dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin

Dalam dunia yang semakin berkembang dengan pesat, majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal sahaja tetapi juga kepada kemahiran insaniah agar pelajar mereka dapat menyesuaikan dan melengkapkan diri dengan semua jenis pekerjaan dan dalam masa yang sama memiliki pelbagai kemahiran. Sehubu...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
主要な著者: Norfatin Nazatul Amani, Mohamad Ruzman, Siti Azeera, Nordin, Mohd Sani, Ismail, Zamri, Chik
フォーマット: Conference or Workshop Item
言語:English
English
出版事項: 2019
主題:
オンライン・アクセス:http://eprints.unisza.edu.my/2493/1/FH03-FKI-19-32698.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/2493/2/FH03-FKI-19-32699.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/2493/
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Dalam dunia yang semakin berkembang dengan pesat, majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal sahaja tetapi juga kepada kemahiran insaniah agar pelajar mereka dapat menyesuaikan dan melengkapkan diri dengan semua jenis pekerjaan dan dalam masa yang sama memiliki pelbagai kemahiran. Sehubungan dengan ini, kajian ini dilaksanakan adalah mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran insaniah dari segi komunikasi dalam kalangan mahasiswa Fakulti Kontemporari Islam (FKI) tahun akhir di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Sampel kajian terdiri daripada 30 orang mahasiswa Ijazah Sarjana Muda tahun akhir dari bidang Usuluddin dengan Kaunseling, Usuluddin dan Syariah. Kajian yang dijalankan adalah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan di mana untuk menjawab setiap persoalan kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik yang mengandungi maklumat diri dan item elemen kemahiran insaniah. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Hasil dapatan kajian mendapati tahap kemahiran insaniah (komunikasi) mahasiswa berada pada tahap sederhana dengan nilai min keseluruhan adalah 3.70. Untuk melihat perbezaan tahap kemahiran insaniah berdasarkan jantina, Ujian-t tidak bersandar digunakan dan hasil dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran insaniah (komunikasi) bagi mahasiswa lelaki dan pelajar perempuan. Selain itu, kajian ini juga melihat perbezaan tahap kemahiran insaniah berdasarkan pengkhususan program dan hubungan tahap kemahiran insaniah berdasarkan pencapaian akademik. Secara keseluruhannya, tahap kemahiran insaniah (komunikasi) mahasiswa Fakulti Kontemporari Islam (FKI) tahun akhir adalah sederhana berdasarkan persepsi dan ini telah membuktikan setiap pelajar menitikberatkan kemahiran insaniah agar mereka dapat bersaing di pasaran.