Tahap Penguasaan Kemahiran Insaniah (Komunikasi) Dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin

Dalam dunia yang semakin berkembang dengan pesat, majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal sahaja tetapi juga kepada kemahiran insaniah agar pelajar mereka dapat menyesuaikan dan melengkapkan diri dengan semua jenis pekerjaan dan dalam masa yang sama memiliki pelbagai kemahiran. Sehubu...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Norfatin Nazatul Amani, Mohamad Ruzman, Siti Azeera, Nordin, Mohd Sani, Ismail, Zamri, Chik
格式: Conference or Workshop Item
语言:English
English
出版: 2019
主题:
在线阅读:http://eprints.unisza.edu.my/2493/1/FH03-FKI-19-32698.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/2493/2/FH03-FKI-19-32699.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/2493/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Dalam dunia yang semakin berkembang dengan pesat, majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal sahaja tetapi juga kepada kemahiran insaniah agar pelajar mereka dapat menyesuaikan dan melengkapkan diri dengan semua jenis pekerjaan dan dalam masa yang sama memiliki pelbagai kemahiran. Sehubungan dengan ini, kajian ini dilaksanakan adalah mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran insaniah dari segi komunikasi dalam kalangan mahasiswa Fakulti Kontemporari Islam (FKI) tahun akhir di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Sampel kajian terdiri daripada 30 orang mahasiswa Ijazah Sarjana Muda tahun akhir dari bidang Usuluddin dengan Kaunseling, Usuluddin dan Syariah. Kajian yang dijalankan adalah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan di mana untuk menjawab setiap persoalan kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik yang mengandungi maklumat diri dan item elemen kemahiran insaniah. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Hasil dapatan kajian mendapati tahap kemahiran insaniah (komunikasi) mahasiswa berada pada tahap sederhana dengan nilai min keseluruhan adalah 3.70. Untuk melihat perbezaan tahap kemahiran insaniah berdasarkan jantina, Ujian-t tidak bersandar digunakan dan hasil dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran insaniah (komunikasi) bagi mahasiswa lelaki dan pelajar perempuan. Selain itu, kajian ini juga melihat perbezaan tahap kemahiran insaniah berdasarkan pengkhususan program dan hubungan tahap kemahiran insaniah berdasarkan pencapaian akademik. Secara keseluruhannya, tahap kemahiran insaniah (komunikasi) mahasiswa Fakulti Kontemporari Islam (FKI) tahun akhir adalah sederhana berdasarkan persepsi dan ini telah membuktikan setiap pelajar menitikberatkan kemahiran insaniah agar mereka dapat bersaing di pasaran.