Cerita lisan sebagai sumber pelancongan : suatu perbandingan di Malaysia dan Singapura

Makalah ini akan membicarakan peranan cerita-cerita lisan dalam industri pelancongan di Malaysia dan Singapura. Cerita lisan sama ada yang berbentuk cerita pendek biasa ataupun yang bersifat legenda sebenarnya mempunyai fungsi besar dalam era kontemporari ini. Jika dahulu ia hanya menjadi sumber h...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohamad Luthfi Abdul Rahman,
格式: Article
語言:English
出版: Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM 2015
主題:
在線閱讀:http://journalarticle.ukm.my/9163/1/Cerita_lisan_sebagai_sumber_pelancongan.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9163/
http://www.ukm.my/iman/index.php/en/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Makalah ini akan membicarakan peranan cerita-cerita lisan dalam industri pelancongan di Malaysia dan Singapura. Cerita lisan sama ada yang berbentuk cerita pendek biasa ataupun yang bersifat legenda sebenarnya mempunyai fungsi besar dalam era kontemporari ini. Jika dahulu ia hanya menjadi sumber hiburan kepada masyarakat desa ataupun sekadar kenangan terhadap sesuatu peristiwa atau kejadian yang pernah berlaku, kini cerita lisan menjadi salah satu tarikan pelancongan. Bertitik tolak daripada pandangan Mohd Khalid Taib (1991) dan Trevor (2009), makalah ini bertujuan untuk kemukakan beberapa cerita lisan yang telah dan pernah digunakan sebagai tarikan pelancongan sama ada di Malaysia dan Singapura. Di Malaysia ditumpukan di Pulau Langkawi dan juga Gunung Jerai di Kedah. Manakala di Singapura pula difokuskan kepada beberapa pulau yang menjadi lokasi pelancongan. Objektif kedua pula untuk melihat bagaimanakah cerita lisan ini dijadikan sebagai sumber pelancongan seperti dimasukkan ke dalam laman web pelancongan ataupun cerita tersebut ditulis semula di kawasan tertentu dan juga dibina sesuatu monumen untuk memberi gambaran visual terhadap cerita tersebut? Kaedah perbandingan yang digunakan adalah untuk melihat sejauh mana cerita lisan ini digunakan di Malaysia dan Singapura serta bagaimana dapat dimanfaatkan untuk industri pelancongan masing-masing.