Proses pemendekan dalam pembentukan kata submorfologi Bahasa Melayu: satu tinjauan awal.

Lazimnya, pembentukan kata mengandungi proses penggabungan atau pencantuman morfem dasar dengan morfem(-morfem) lain, misalnya pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Walau bagaimanapun, terdapat pembentukan kata yang tidak menjadikan morfem sebagai asas untuk menghasilkan perkataan baharu, sepert...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Muhammad Marwan Mohd Tanos,, Nik Safiah Karim,
格式: Article
语言:English
出版: Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM 2014
主题:
在线阅读:http://journalarticle.ukm.my/7784/1/Proses_pemendekan_dalam_pembentukan_kata.pdf
http://journalarticle.ukm.my/7784/
http://www.ukm.my/iman/index.php/my/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Lazimnya, pembentukan kata mengandungi proses penggabungan atau pencantuman morfem dasar dengan morfem(-morfem) lain, misalnya pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Walau bagaimanapun, terdapat pembentukan kata yang tidak menjadikan morfem sebagai asas untuk menghasilkan perkataan baharu, seperti yang terlihat dalam pengeratan, penggabungan, pengakroniman, dan pengabjadan. Proses-proses pembentukan kata yang tidak menunjukkan sifat morfologi ini boleh digelar sebagai pembentukan kata tidak mofologis atau pembentukan kata submorfologi. Seperti yang terjadi dalam dunia pengkajian lingusitik Barat, sarjana-sarjana bahasa Melayu mempunyai percanggahan dan ketidaktekalan dalam banyak aspek analisis mereka berkenaan pembentukan kata submorfologi bahasa Melayu. Artikel ini bermatlamat untuk mengulas bentuk-bentuk kependekan yang ada dalam bahasa Melayu dengan menggunakan taksanomi dan pendekatan pembentukan kata submorfologi Lopez Rua. Teori ini secara umumnya dapat mengkategorikan item-item pemendekan bahasa Melayu, lantas dapat menjadi kerangka untuk pembentukan kata submorfologi bahasa Melayu. Namun, terdapat sejenis bentuk kependekan unik dalam bahasa Melayu yang tidak dijelaskan teori sarjana Barat ini, yang dalam artikel ini dirujuk sebagai bentuk kata wakil.