Kata-kata etnik sebagai identiti penutur dialek Melayu Sabah

Facebook merupakan suatu medium media yang menyediakan ruang untuk penggunanya berkomunikasi dalam pelbagai bahasa. Situasi itu dibantu oleh kepelbagaian kaum di Malaysia yang turut menjadi penggunanya dan mereka menggunakan pelbagai ragam bahasa sama ada yang bersifat formal atau sebaliknya. Salah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saidatul Nornis Hj. Mahali,, Alice Alim,
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18500/1/jatma-2021-0903-06.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18500/
https://www.ukm.my/jatma/jilid-9-bil-3/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Facebook merupakan suatu medium media yang menyediakan ruang untuk penggunanya berkomunikasi dalam pelbagai bahasa. Situasi itu dibantu oleh kepelbagaian kaum di Malaysia yang turut menjadi penggunanya dan mereka menggunakan pelbagai ragam bahasa sama ada yang bersifat formal atau sebaliknya. Salah satu laman dalam Facebook yang mendapat perhatian pengguna di Sabah adalah laman Facebook Cerita Seram Urang Kita Sabahan (CSUKS). Dengan pengikut seramai 381,453 orang, maka laman ini menyediakan ruang untuk dialek Melayu Sabah (DMS) berkembang dalam konteks pengguna dan penutur DMS. Dengan menggunakan kaedah deskriptif kualitatif, maka makalah ini diusahakan untuk melihat kata-kata etnik yang dipilih oleh penutur DMS semasa berkomunikasi melalui laman berkenaan. Kata-kata etnik itu juga menyembunyikan elemen nilai rasa dan emosi budaya Sabah yang hanya difahami baik oleh penutur DMS. Selain itu, turut difokuskan juga fungsi-fungsi komunikatif yang didukung oleh kata-kata-etnik berkenaan. Hasil analisis 16 cerita dalam laman berkenaan, terdapat 20 kata-kata etnik yang mengandungi elemen budaya serta mampu mencerminkan identiti penutur DMS. Laman berkenaan juga berupaya menjadi satu platform untuk menyebar dan mengembangkan kata-kata etnik yang digunakan oleh penutur-penutur DMS. Memandangkan ruangan laman Facebook CSUKS itu dimiliki sepenuhnya oleh penutur DMS, maka ia menjadi ruangan untuk memperkenalkan fungsi komunikasi penutur bahasa-bahasa etnik yang terdapat di Sabah.