Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen batas etnik di sekolah kebangsaan Zon Utara Semenanjung Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengesahkan instrumen bagi menilai konstruk batas etnik dan menentukan kestabilan kesahan dan kebolehpercayaan kandungannya melalui kajian rintis. Kerangka kerja dan pembangunan instrumen batas etnik adalah berdasarkan model Konteks-Input-Proses-Produk (KIPP). Kajian ini d...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
主要な著者: Amran Omar,, Shazlin Amir Hamzah,, Chang, Peng Kee
フォーマット: 論文
言語:English
出版事項: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
オンライン・アクセス:http://journalarticle.ukm.my/17490/1/47903-155177-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17490/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1394
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Kajian ini bertujuan untuk mengesahkan instrumen bagi menilai konstruk batas etnik dan menentukan kestabilan kesahan dan kebolehpercayaan kandungannya melalui kajian rintis. Kerangka kerja dan pembangunan instrumen batas etnik adalah berdasarkan model Konteks-Input-Proses-Produk (KIPP). Kajian ini disusun dalam tiga fasa, iaitu tinjauan literatur, penterjemahan instrumen, serta analisis kesahan dan kebolehpercayaan kandungan. Pemboleh ubah batas etnik yang terdiri daripada empat dimensi, iaitu material, status sosial, tuntutan sosial, dan tuntutan gantian, dengan 12 item digunakan dalam kajian ini. Satu kajian rintis dilaksanakan untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen melalui skala alfa Cronbach dan analisis deskriptif. Kajian rintis dilakukan di lapan buah sekolah rendah di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis, yang mewakili Zon Utara Semenanjung Malaysia. Analisis kebolehpercayaan mengesahkan bahawa alfa Cronbach untuk keseluruhan konstruk batas etnik menjelaskan nilai yang kuat dan sangat baik bagi setiap dimensi. Kesemua 12 item tersebut diterima untuk digunakan dalam kajian lapangan. Oleh itu, instrumen untuk batas etnik yang digunakan untuk kajian rintis ini diterima untuk membantu para guru memahami dan membantu mengukur batas etnik mereka di persekitaran sekolah. Instrumen penilaian kendiri sempadan etnik ini boleh menjadi panduan dan sumber penting dalam membantu guru menentukan dan memahami batas etnik mereka dengan lebih berkesan, sekaligus mewujudkan hubungan etnik yang harmoni di sekolah.