Kertas Konsep Pembangunan Model Kompetensi Digital Pendidik TVET ke Arah Transformasi Digital

Pendigitalan dalam pendidikan memberikan cabaran baharu kepada pendidik bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia seiring dengan Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) dan transformasi digital. Pendidik TVET perlu berdaya saing mendepani transformasi digital denga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md Hani, Mohd Hatta, Ismail, Affero, Ahmad, Muhammad Fazrulhelmi, Abdul Samad, Sam Faheeda, Mohamad, Zawawi, Hafidzi, Anwar
Format: Conference or Workshop Item
Language:en
Published: 2025
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/12565/1/P17894_0cf15ae6fca4f359e7e8464dcb52d8b0.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/12565/
https://smpu.uthm.edu.my/uploads/P17894_0cf15ae6fca4f359e7e8464dcb52d8b0.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendigitalan dalam pendidikan memberikan cabaran baharu kepada pendidik bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia seiring dengan Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) dan transformasi digital. Pendidik TVET perlu berdaya saing mendepani transformasi digital dengan mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran agar penyampaiannya berkesan untuk melahirkan pelajar yang kalis masa depan. Kemajuan teknologi digital dan ICT telah menjadikan kompetensi digital pendidik begitu penting dalam pembangunan profesional dan kapasiti pendidik TVET. Walaupun terdapat beberapa kerangka kompetensi digital antarabangsa, namun model khusus untuk pedagogi TVET masih belum dibangunkan. Kajian ini bertujuan membangunkan model kompetensi digital untuk pendidik TVET menggunakan pendekatan kaedah campuran (mix-method) dengan rekabentuk Kaedah Bercampur Penerokaan Berjujukan (Exploratory Sequential Mix-Method) melalui fasa pertama secara kualitatif (temu bual) dan fasa kedua secara kuantitatif (soal selidik). Fasa pertama melibatkan analisis dokumen dan temu bual dengan 11 pakar, manakala fasa kedua menggunakan soal selidik dengan 85 pendidik TVET di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN). Data dianalisis menggunakan analisis tema, Fuzzy Delphi (FDM), dan Permodelan Kuasa Dua Separa Terkecil (PLS-SEM). Dapatan kajian mengenal pasti domain, elemen, dan sub-elemen kompetensi digital, menghasilkan model kompetensi digital untuk pendidik TVET. Model ini diharapkan dapat menjadi panduan bagi melahirkan pendidik TVET yang kompeten dan berkualiti pada masa hadapan