Pengambilan tanah bawah tanah (TBT) bagi Projek Mass Rapit Transit (MRT)
Pengambilan tanah bagi Tanah Bawah Tanah (TBT) hanya dilakukan sekiranya terdapat kepadatan ruang pada permukaan tanah. Malah, pembangunan di permukaan bawah tanah dilakukan untuk tujuan ekonomi atau keperluan pembangunan yang lain. Ini telah menimbulkan banyak persoalan tentang bagaimana nilai...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | en |
| Published: |
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/12329/1/P17204_a36ba2518a44d31ed186cdda2f5cabbf.pdf%2015.pdf http://eprints.uthm.edu.my/12329/ https://doi.org/10.30880/rmtb.2024.05.01.112 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pengambilan tanah bagi Tanah Bawah Tanah (TBT) hanya dilakukan
sekiranya terdapat kepadatan ruang pada permukaan tanah. Malah,
pembangunan di permukaan bawah tanah dilakukan untuk tujuan
ekonomi atau keperluan pembangunan yang lain. Ini telah
menimbulkan banyak persoalan tentang bagaimana nilai tanah bawah
tanah untuk sesuatu projek dinilai oleh penilai swasta dan kerajaan.
Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah terbaik
untuk penilaian TBT yang dilaksanakan oleh penilai swasta dan
kerajaan, serta mengenal pasti cabaran dalam menentukan nilai TBT.
Kajian ini menggunakan kajian kualitatif sepanjang proses penyelidikan
dan kajian ini dijalankan di kawasan Kuala Lumpur. Dapatan bagi kajian
ini adalah berdasarkan siri temu bual yang dijalankan dengan empat (4)
orang responden iaitu pegawai penilai awam dan swasta. Seterusnya,
data yang dikumpul kemudiannya dianalisis menggunakan teknik
analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah
penilaian Sebelum dan Selepas dan kaedah penilaian baki merupakan
kaedah penilaian isipadu TBT efektif. Manakala menghadapi masalah
akses dan jarak penglihatan yang terhad, data pemilikan tanah yang
terhad dan bantahan daripada penduduk setempat merupakan antara
cabaran yang dikenalpasti oleh responden. Diharapkan dapatan kajian
ini akan dapat memberikan manafaat kepada pemegang-pemegang
taruh untuk memperkasakan penilaian TBT |
|---|
