Sistem perabot modular: meja belajar

Ruang belajar yang selesa merupakan salah satu kriteria penting, dan ia sangat memberi impak besar kepada kualiti pembelajaran dan kehidupan harian pelajar. Oleh itu, susun atur dan pemilihan perabot yang sesuai adalah perkara utama. Malangnya, tinjauan mendapati terdapat masalah ruang di kawasan ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sani, Amirul Haziq, Mohd Zulkafli, Haris Farhan, Arbain, Mohamad Alifhaikal, Othman, Muhammad Azri, Basri, Azizul Qayyum
Format: Conference or Workshop Item
Language:en
Published: 2024
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/12149/1/P16922_45d34ca1f612866a793bd1e93a081af5.pdf%206.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/12149/
https://doi.org/10.30880/mari.05.02.021
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ruang belajar yang selesa merupakan salah satu kriteria penting, dan ia sangat memberi impak besar kepada kualiti pembelajaran dan kehidupan harian pelajar. Oleh itu, susun atur dan pemilihan perabot yang sesuai adalah perkara utama. Malangnya, tinjauan mendapati terdapat masalah ruang di kawasan kajian yang dipilih. Bilangan pelajar yang sama dengan set perabot yang sama digunakan untuk dua saiz bilik yang berbeza. Oleh itu, melakukan sebarang kerja atau terlibat dalam sebarang gerakan atau aktiviti harian dalam set yang sama adalah sukar dan mengganggu, terutamanya untuk reka bentuk bilik kecil. Oleh kerana almari pakaian dan katil adalah saiz yang tetap (standard), reka bentuk meja belajar yang baru menggunakan reka bentuk modular dicadangkan untuk mengatasi masalah ini. Perabot ini dibangunkan untuk digunakan di asrama oleh pelajar dalam memastikan keselesaan semasa belajar dan hanya cadangan penyelesaian di kawasan kajian sahaja. Keluli lembut yang digunakan untuk bingkai produk ini dan kemasan sisi dan belakang bingkai menggunakan bahan plywood Untuk menjimatkan ruang, kami menggunakan engsel L boleh laras dan diikat dengan papan lapis untuk dijadikan sebuah meja tulis dan konsep ini juga diguna pakai untuk membina ruangan computer riba boleh laras. Hasil pengujian, meja boleh menyokong sehingga 15 kg tanpa terbalik atau melengkung, manakala ruang laptop yang boleh disesuaikan boleh menyokong sehingga 20 kg. Secara kesimpulannya, objektif projek telah berjaya tercapai, walaubagaimanapun masih terdapat ruang penambahbaikan dari segi sistem, struktur dan juga reka bentuk secara keseluruhan