40 Hadis tentang wabak penyakit

Segala puji bagi Allah dengan segala rahmatNya karya ini berjaya dihasilkan. Buku kecil ini mengandungi 40 hadis yang dilihat mempunyai pengajaran berkaitan dengan penyebaran wabak penyakit yang berlaku pada hari ini. Secara umumnya, hadis-hadis ini ditulis berdasarkan matan daripada kitab yang asal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Sanusi Azmi
Format: Book
Language:ms
Published: Ulum Hadith Research Centre Universiti Sains Islam Malaysia 2022
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Segala puji bagi Allah dengan segala rahmatNya karya ini berjaya dihasilkan. Buku kecil ini mengandungi 40 hadis yang dilihat mempunyai pengajaran berkaitan dengan penyebaran wabak penyakit yang berlaku pada hari ini. Secara umumnya, hadis-hadis ini ditulis berdasarkan matan daripada kitab yang asal. Pun begitu terdapat juga hadis yang diambil daripada sebahagian lafaznya sahaja. Ini bertujuan meringkaskan penulisan, disamping memberikan fokus kepada isi kandungan yang diambil. Dari aspek sanadnya pula, penulis hanya menukilkan perawi yang tertinggi (rawi al-a’la) sahaja, manakala nama-nama perawi yang lain dalam rantaian sanad telah ditinggalkan. Sumber hadis dinyatakan dibahagian terjemahan. Hadis yang dinukilkan daripada Sahih al-Bukhari dan Muslim tidak dinyatakan kedudukan hadis tersebut memandangkan kita telahpun menerimanya sebagai hadis sahih. Manakala hadis yang dinukil daripada selain dua kitab tersebut akan dinyatakan sumber serta status hadis tersebut. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Zulhilmi Mohamed Nor serta Dr. Mohd Yusuf Ismail (dimana keduanya mempunyai kepakaran dalam bidang hadis) atas kesudian mereka membaca dan menyemak karya ini.