Kajian Semantik Inkuisitif dalam Peribahasa Tamil: Imej Tumbuhan

Masyarakat India juga tidak terkecuali memiliki peribahasanya yang tersendiri. Peribahasa ini bersumberkan secara turun temurun yang dimiliki sejak zaman nenek moyang mereka lagi. Penggunaan peribahasa dalam komunikasi harian mereka ini dapat menggambarkan kehalusan mereka berbahasa menggunakan baha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Murthy, Tangaprabu, Mary Fatimah, Subet, Muhammad Zaid, Daud
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit UTM 2019
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/28811/3/An%20Inquisitive%20Semantic%20Studies%20in%20Tamil%20Proverbs%20%28abstract%29.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/28811/
https://sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumanika/article/download/1426/837
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat India juga tidak terkecuali memiliki peribahasanya yang tersendiri. Peribahasa ini bersumberkan secara turun temurun yang dimiliki sejak zaman nenek moyang mereka lagi. Penggunaan peribahasa dalam komunikasi harian mereka ini dapat menggambarkan kehalusan mereka berbahasa menggunakan bahasa yang berimplisit. Oleh itu, kajian ini akan mendalami akal budi (keintelektualan pemikiran) masyarakat India melalui penciptaan peribahasa yang mempunyai imej tumbuhan dengan menggunakan pendekatan semantik inkuisitif oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Pemfokusan kajian peribahasa Tamil ini menggunakan imej tumbuhan sebagai data kajiannya seperti padi, rumput, halia dan kunyit telah diperoleh melalui teknik temu bual mendalam bersama-sama dengan empat orang informan yang berbangsa India. Dengan itu, kajian ini sebegini dapat menghuraikan makna peribahasa ini berpandukan keintelektualan pemikiran penuturnya iaitu masyarakat India yang mencakupi pelbagai bidang seperti tingkah laku penuturnya, nilai budaya, moral dan akhlak keperibadian individu yang bijak mengasimilasikan alam sekeliling seperti menggunakan imej flora bagi mencerminkan tingkah laku manusia secara berkias.