Pemilihan bahasa di kalangan komuniti Bugis / Saidah Ismail

Kajian mengenai pemilihan bahasa yang melibatkan kumpulan etnik minoriti Bugis di Malaysia masih belum dijalankan. Oleh itu kajian ini adalah untuk melihat pemilihan bahasa di kalangan komuniti Bugis. Pemilihan bahasa yang digunakan oleh komuniti Bugis di Kampung Parit Keroma, Pontian, Johor di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saidah, Ismail
Format: Thesis
Published: 2009
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/1914/1/Saidah_Ismail_1.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/1914/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian mengenai pemilihan bahasa yang melibatkan kumpulan etnik minoriti Bugis di Malaysia masih belum dijalankan. Oleh itu kajian ini adalah untuk melihat pemilihan bahasa di kalangan komuniti Bugis. Pemilihan bahasa yang digunakan oleh komuniti Bugis di Kampung Parit Keroma, Pontian, Johor di tiga domain iaitu rumah, intra-komuniti dan pekerjaan dijadikan fokus utama kajian ini. Selain daripada itu perbandingan pemilihan bahasa juga dibuat terhadap komuniti Bugis yang telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Metodologi penyelidikan yang digunakan termasuklah soal-selidik, rakaman, temu-bual dan pemerhatian. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden kumpulan umur 70- 89 masih menggunakan bahasa Bugis di domain rumah dan interaksi intra- komuniti, kumpulan umur 50-69 adalah dwi-bahasa dan menggunakan kedua-dua bahasa iaitu Melayu dan Bugis, mengakomodasi dengan interlokuter mereka, kumpulan umur 30-49 menggunakan kedua-dua bahasa tetapi majoriti hanya mengunakan bahasa Melayu di domain rumah dan interaksi intra-komuniti. Sebaliknya majoriti kumpulan umur 13-29 menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa dominan mereka. Bagi semua peringkat umur di domain pekerjaan bahasa dominan yang digunakan ialah bahasa Melayu. Majoriti responden yang tinggal di Kuala Lumpur menggunakan bahasa Melayu di domain rumah, pekerjaan dan interaksi intra-komuniti. Komuniti yang masih tinggal di Kampung Parit Keroma berbanding komuniti di Kuala Lumpur, mereka masih berpeluang berkomunikasi dalam bahasa Bugis kerana majoriti adalah terdiri dari kumpulan etnik yang sama. Sebaliknya, penggunaan bahasa Bugis di kalangan responden yang tinggal di Kuala Lumpur adalah terhad