Sejarah perkembangan sistem kewangan Islam di Malaysia dari era Kesultanan Melayu Melaka hingga kurun ke-21: suatu tinjauan

Amalan sistem kewangan Islam di Malaysia telah melalui sejarah perkembangan yang tersendiri sejajar dengan perubahan era pemerintahan yang berlaku dari zaman dahulu hingga sekarang. Bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, sistem kewangan yang berdasarkan hukum Islam telah diguna pakai seperti m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Fathil, Fathiah, Fathil, Fauziah, Mohd Noor, Ahmad Firdaus, Haji Musa, Abd. Nasir, Jelani, Ahmad Bakhtiar, Jaapar, Khafizatunnisa'
Format: Book Chapter
Language:ms
Published: Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak 2022
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/100447/7/100447_Sejarah%20Perkembangan%20Sistem%20Kewangan%20Islam.pdf
http://irep.iium.edu.my/100447/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Amalan sistem kewangan Islam di Malaysia telah melalui sejarah perkembangan yang tersendiri sejajar dengan perubahan era pemerintahan yang berlaku dari zaman dahulu hingga sekarang. Bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, sistem kewangan yang berdasarkan hukum Islam telah diguna pakai seperti mana yang termaktub di dalam Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka. Hal ini secara tidak langsung menyumbang kepada perkembangan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang maju lagi unggul di Asia Tenggara. Keadaan ini sedikit sebanyak berubah ketika era penjajahan British di Tanah Melayu berikutan sistem pemerintahan yang secara amnya berteraskan sistem kolonial yang berpusat di England. Menjelang kurun ke-20, skop kewangan Islam ini berubah lagi daripada satu amalan yang terhad dalam kalangan masyarakat Melayu kepada sistem yang lebih komersial dan kompetitif ekoran kebangkitan aliran pemikiran ekonomi Islam. Penulisan ini yang melibatkan kajian perpustakaan adalah untuk mengenal pasti perkembangan sistem kewangan Islam bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah abad ke-21. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauh mana penggunaan sistem kewangan Islam dalam tempoh tersebut serta bentuk amalan yang diguna pakai dalam kalangan masyarakat. Kesimpulan kajian ini ialah perkembangan amalan sistem kewangan Islam berubah seiring dengan perkembangan sosio politik dan ekonomi di negara ini.