Analisa jurang pelaksanaan amalan 5S: Kajian kes jabatan pentadbiran di Universiti Utara Malaysia (UUM)

Globalisasi pasaran, produk dan perkhidmatan yang berdaya saing, krisis ekonomi yang tinggi adalah faktor yang paling kritikal yang mempengaruhi kejayaan syarikat-syarikat pembuatan di pasaran global. Seiring dengan pengembangan global, kerajaan Malaysia melalui Unit Pemodenan Tadbiran dan Peranca...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Asaad, Mohd Norhasni, Yusoff, Rushami Zien, Mohd Mokhtar, Sany Sanuri
Format: Article
Published: Universiti Malaysia Perlis 2013
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/9124/
http://ijbt.unimap.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=69&Itemid=78
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Globalisasi pasaran, produk dan perkhidmatan yang berdaya saing, krisis ekonomi yang tinggi adalah faktor yang paling kritikal yang mempengaruhi kejayaan syarikat-syarikat pembuatan di pasaran global. Seiring dengan pengembangan global, kerajaan Malaysia melalui Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah merancang langkah-langkah transformasi perkhidmatan awam bagi meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan. Terdapat usaha-usaha untuk memantapkan pengurusan pejabat melalui pengenalan amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu Seragam dan Sentiasa Amal). Walaupun banyak kajian yang telah dijalankan di dalam industri telah membuktikan amalan 5S membantu meningkatkan prestasi namun masih sedikit kajian amalan 5S yang dijalankan terhadap sektor perkhidmatan awam. Hasil kajian terdahulu mendapati terdapat organisasi yang berjaya melaksanakan 5S dan tidak kurang juga yang mengalami kegagalan.Oleh sebab itu kajian ini memberi fokus terhadap jurang pelaksanaan 5S di jabatan-jabatan pentadbiran UUM. Sebanyak 61 buah jabatan pentadbiran UUM terlibat dalam penilaian amalan 5S. Hasil kajian menunjukkan tahap pelaksanaan amalan 5S di UUM melebihi tahap sederhana dan menjurus kepada tahap yang baik. Kebanyakan jabatan di UUM memperoleh pengiktirafan dua hingga tiga bintang. Hanya sebuah jabatan yang telah mencapai pengiktirafan lima bintang. Amalan 5S di UUM boleh dipertingkatkan dengan memberi penekanan kepada kategori pembudayaan dan kategori inovasi & penambahbaikan berterusan.