%0 Conference or Workshop Item %A Abdul Ghani, Mohd Jalaluddin %D 2013 %G English %T Penyelenggaraan bangunan sekolah %U http://repo.uum.edu.my/11649/1/p229.pdf %U http://repo.uum.edu.my/11649/ %X Penyelenggaraan bangunan adalah satu proses pemuliharaan dan penjagaan struktur bangunan dan komponen.Penyelenggaraan juga boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan bagi tujuan memulihara, mengawal selia bangunan, kemudahan serta persekitarannya bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan supaya ianya selamat untuk digunakan.Penyelenggaraan bangunan sekolah merupakan suatu aspek yang perlu diberi perhatian serius kerana ianya penting bagi mengekalkan fungsi asal bangunan tersebut di samping menyediakan persekitaran yang kondusif bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Matlamat kajian ini adalah untuk mengenal pasti amalan-amalan pengurusan penyelenggaraan yang dilakukan di kawasan sekolah serta permasalahan yanga sering dihadapi.Masalah-masalah yang dihadapi ini bakal memberi kesan terhadap prestasi sesebuah sekolah itu. Diharapkan, hasil daripada kajian ini bakal menyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi di samping perbincangan mengenai cadangan-cadangan untuk memulihara dan melindungi aset tersebut.