Kajian kesan penggunaan media sosial terhadap pelajar Universiti Utara Malaysia

Teknologi maklumat dan komunikasi semakin berkembang dengan adanya pelbagai aplikasi berasaskan internet dan menerusinya satu teknologi baru telah dicipta untuk merevolusikan corak komunikasi manusia serta gaya berinteraksi dalam kehidupan seharian.Kini terdapat berjuta-juta manusia berdaftar dan b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Asmawiza, Hussin
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/8305/1/s818169_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/8305/2/s818169_02.pdf
https://etd.uum.edu.my/8305/3/s818169_references.docx
https://etd.uum.edu.my/8305/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Teknologi maklumat dan komunikasi semakin berkembang dengan adanya pelbagai aplikasi berasaskan internet dan menerusinya satu teknologi baru telah dicipta untuk merevolusikan corak komunikasi manusia serta gaya berinteraksi dalam kehidupan seharian.Kini terdapat berjuta-juta manusia berdaftar dan berhubung menerusi laman media sosial seluruh dunia. Fenomenon global jaringan sosial dalam talian telah memberi impak kepada pengguna Internet di Malaysia. Atas kredibiliti dan kemampuannya yang menyediakan dan membolehkan sistem komunikasi dalam kalangan pengguna tanpa sempadan dan penyebaran maklumat secara global, laman jaringan media sosial kini telah digunakan dengan meluas oleh pelbagai kumpulan pengguna dan antara yang terkesan dengan penggunaannya adalah golongan pelajar.Media sosial kinitelah menjadi platform baru bagi pelajar untuk menyatakan diri mereka sendiri dan berkongsi maklumat yang berkaitan dengan aktiviti harian mereka.Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan penggunaan media sosial dan hubungannya dengan pelajar Universiti Utara Malaysia. Sampel bagi kajian ini terdiri dari 126 orang pelajar daripada pelbagai bidang, berbeza etnik dan bangsa yang mengikuti pengajian sepenuh masa di Universiti Utara Malaysia, Kedah. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti kesan penggunaan media sosial terhadap pelajar Universiti Utara Malaysia. Kesimpulannya, pelajar di Universiti Utara Malaysia boleh manfaatkan penggunaan mediasosial dalam segala aspek kehidupan mereka sebagai pelajar atau generasi muda secara bebas kerana fasiliti teknologi maklumat iaitu WIFI boleh diakses di mana sahaja persekitaran kampus ini secara percuma.Namun begitu, penggunaan media sosial boleh membawa banyak kebaikan jika dimanfaatkan dan memberi implikasi negatif jika salah penggunaannya.