Keperluan pensyarah baru di lima buah institusi pengajian tinggi swasta di selatan Negeri Johor

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan pensyarah baru di IPT dalam empat bidang tugas iaitu pengajaran, penyelidikan dan penulisan ilmiah, perkhidmatan, dan lain-lain di lima buah institusi pengajian tinggi swasta di Johor Bahru. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat kaedah yang diambi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Nor, Mariani, Saidi, Hamdan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/7898/1/EDUPRES_%28F2%29_2.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/7898/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan pensyarah baru di IPT dalam empat bidang tugas iaitu pengajaran, penyelidikan dan penulisan ilmiah, perkhidmatan, dan lain-lain di lima buah institusi pengajian tinggi swasta di Johor Bahru. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat kaedah yang diambil oleh pensyarah baru dalam menangani keperluan tersebut. Soalselidik dengan indeks kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.964 digunakan sebagai instrumen kajian. Seramai 48 responden telah terlibat dalam kajian ini. Data dianalisa menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa pensyarah baru perlu dilengkapi dengan ilmu yang berkaitan dengan pengajaran, penyelidikan dan penulisan ilmiah, perkhidmatan, dan lain-lain untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dengan berkesan. Dapatan kajian juga menunjukan bahawa kaedah perbincangan dengan rakan setugas adalah kaedah utama yang diambil oleh pensyarah baru dalam menangani kekurangan dalam empat bidang keperluan tersebut. Empat cadangan dan tiga kajian lanjutan dikemukakan bagi tujuan pengkajian pada masa akan datang.