Keberkesanan latihan pliometrik untuk perejam sepak takraw

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan latihan pliometrik ke atas pemain yang berposisi perejam dalam sukan sepak takraw. Subjek terdiri daripada lapan orang pemain lelaki perejam sepak takraw berumur diantara 20 hingga 26 tahun yang dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan kawalan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Harun, Hafizah, Ghani, Mohd. Azrul Fajri
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/6372/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan latihan pliometrik ke atas pemain yang berposisi perejam dalam sukan sepak takraw. Subjek terdiri daripada lapan orang pemain lelaki perejam sepak takraw berumur diantara 20 hingga 26 tahun yang dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan kawalan(K)(N=2), kumpulan latihan pliometrik ‘Single Leg Lateral Box Jump’(SLLBJ)(N=3) dan kumpulan latihan pliometrik ‘Tuck Jump’(TJ)(N=3). Tempoh latihan pliometrik yang dijalankan adalah selama enam minggu. Untuk menilai keberkesanan latihan atau tanpa latihan; ujian ‘Rejaman Maksimum Bola Statik’(RMBS) dijadikan pengukur tahap ketinggian rejaman. Data di analisa menggunakan Microsoft Office Excel 2003. Analisa data ujian RMBS mendapati skor ujian pra (mean ± SD) bagi SLLBJ, 40.50cm ± 30.41; TJ, 32.50cm ± 20.51; K, 14.00cm ± 14.14 dan ujian pos (mean ± SD) SLLBJ, 49.00cm ± 32.53; TJ, 32.00cm ± 21.21; K, 15.50cm ± 12.02, menunjukkan peningkatan sebanyak 20.99%, 0.76% dan penurunan -1.54% bagi kumpulan SLLBJ, K dan TJ. Daripada dapatan kajian, latihan pliometrik SLLBJ sesuai diadaptasikan kepada pemain berposisi perejam sepak takraw dalam menambahkan kuasa eksplosif dan membantu meningkatkan keupayaan lompatan dalam melakukan rejaman.