Aplikasi Kerja Amali Elemen Ekonomi Rumah Tangga Dalam Kehidupan Seharian Dikalangan Pelajar Lelaki Tingkatan Empat Di Dua Buah Sekolah Menengah Kebangsaan Dalam Daerah Tanah Merah, Kelantan

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti adakah pelajar-pelajar lelaki SMK Tanah Merah 1 dan SMK Ipoh, Tanah Merah Kelantan mengaplikasikan elemen ERT dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Kajian berbentuk diskriptif dijalankan ke atas 80 orang pelajar sekolah terbabit. Satu set soal selid...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Boon , Yusof, Saari, Saipulbahri
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11607/1/Aplikasi_Kerja_Amali_Elemen_Ekonomi_Rumah_Tangga_Dalam_Kehidupan_Seharian_Dikalangan_Pelajar_Lelaki_Tingkatan_Empat_Di_Dua_Buah_Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Dalam_Daerah_Tanah_Merah.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11607/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti adakah pelajar-pelajar lelaki SMK Tanah Merah 1 dan SMK Ipoh, Tanah Merah Kelantan mengaplikasikan elemen ERT dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Kajian berbentuk diskriptif dijalankan ke atas 80 orang pelajar sekolah terbabit. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan telah diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumbalas. Analisis data diproses menggunakan perisian Statiscal Package for The Social Sciences versi 14.0 (SPSS) untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pendapat pelajar, dorongan ibu bapa, minat dan amalan langkah-langkah keselamatan tentang pengaplikasian elemen ERT dalam kehidupan harian di kalangan pelajar lelaki. Hasil kajian juga mendapati pelajar berpendapat mereka memperoleh ilmu pengetahuan apabila mengaplikasikan elemen ERT di rumah. Ibu bapa juga merupakan pendorong mereka dalam melakukan kerja-kerja rumah seperti menjahit, memasak dan mengemas rumah. Pelajar juga berminat untuk mengaplikasikan elemen ERT pada tahap yang sederhana. Pelajar mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa mereka mengaplikasikan elemen ERT di rumah. Antara cadangan yang dikemukakan ialah pelajar perlu diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan seperti pertandingan memasak, menjahit, mengemas, dan lain-lain untuk meningkatkan minat serta menggalakkan pelajar lelaki mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi, guru perlu melaksanakan satu proses pengajaran pembelajaran yang lebih menarik supaya dapat menarik minat pelajar untuk mengaplikasikan elemen ERT dan ibu bapa perlu memberi dorongan kepada anak lelaki mereka untuk mengaplikasikan elemen ERT di rumah.