Amalan pengurusan perniagaan di kalangan pengusaha servis dan membaiki kereta di Kawasan Ulu Tiram, Johor

Amalan pengurusan perniagaan boleh dianggap sebagai aktiviti-aktiviti mengendalikan perniagaan dengan perancangan yang teliti dan teratur untuk menjayakan sesebuah perniagaan. Tujuan kajian dijalankan untuk mengenal pasti amalan pengurusan perniagaan di kalangan pengusaha servis dan membaiki kereta....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mukhari , Abd. Wahid, Lee , Tsuey Ping
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11375/1/Amalan_Pengurusan_Perniagaan_Di_Kalangan_Pengusaha_Servis_Dan_Membaiki_Kereta_Di_Kawasan_Ulu_Tiram.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11375/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Amalan pengurusan perniagaan boleh dianggap sebagai aktiviti-aktiviti mengendalikan perniagaan dengan perancangan yang teliti dan teratur untuk menjayakan sesebuah perniagaan. Tujuan kajian dijalankan untuk mengenal pasti amalan pengurusan perniagaan di kalangan pengusaha servis dan membaiki kereta. Aspek-aspek yang dikaji adalah terdiri daripada amalan pengurusan pelanggan, amalan pengurusan kewangan, amalan pengurusan sumber manusia dan amalan pengurusan bengkel. Kajian ini telah dilakukan di kawasan Ulu Tiram, Johor. Seramai 20 orang responden telah dipilih secara rawak untuk menjayakan kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan di dalam kajian ini ialah sistem temu bual yang berstruktur dengan menggunakan set soal-selidik. Data-data yang diperolehi telah diproses dan dibuat analisis dengan menggunakan Microsoft Exel dan hasilnya dipersembahkan dalam bentuk jadual kekerapan dan peratusan. Hasil dapatan telah menunjukkan bahawa para responden yang telah mengamalkan amalan-amalan pengurusan perniagaan bagi aspek pengurusan pelanggan, pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan bengkel dalam perniagaan servis dan membaiki kereta hanya pada tahap memuaskan.