Mastery learning sebagai medium pengajaran Jawi berkesan dalam kerangka pembentukan kompetensi guru: satu kajian kes.

Penguasaan murid secara komprehensif terhadap sesuatu topik pembelajaran adalah pengukur kepada keberkesanan pengajaran guru. Kefahaman yang mendalam serta penguasaan tuntas dalam kalangan murid mampu direalisasikan melalui implementasi pendekatan Mastery Learning. Namun, pendekatan ini sering kali...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nahar, Naquiah, Safar, Jimaain, Hehsan, Aminudin, Junaidi, Juhazren
Format: Article
Language:English
Published: Politeknik Nilai 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/104484/1/NaquiahNaharJimaainSafarAminudinHehsan2022_MasteryLearningSebagaiMediumPengajaranJawi.pdf
http://eprints.utm.my/104484/
http://dx.doi.org/10.1088/1742-6596/2312/1/012020
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penguasaan murid secara komprehensif terhadap sesuatu topik pembelajaran adalah pengukur kepada keberkesanan pengajaran guru. Kefahaman yang mendalam serta penguasaan tuntas dalam kalangan murid mampu direalisasikan melalui implementasi pendekatan Mastery Learning. Namun, pendekatan ini sering kali tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya oleh guru kerana pelbagai faktor kekangan. Kajian ini mengupas tentang ciri-ciri pendekatan Mastery Learning yang dilaksanakan oleh guru Pendidikan Islam di sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran Jawi. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif ke atas tujuh orang guru Pendidikan Islam sekolah rendah di negeri Melaka. Pengumpulan data dijalankan menerusi proses temu bual mendalam, pemerhatian serta analisis dokumen dan dianalisis menggunakan perisian NVivo 12.0. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat ciri-ciri pendekatan Mastery Learning yang diimplemenkan oleh guru Pendidikan Islam sekolah rendah di negeri Melaka. Ciri-ciri tersebut keseluruhannya mencapai tahap pola iaitu 'berfokus kepada kefahaman dan penguasaan murid', 'mengajar isi aras rendah dan mudah dahulu', 'mengajar isi sukar selepas mengajar isi yang mudah', dan 'memastikan murid telah menguasai topik sebelum berpindah ke unit baharu'. Secara umumnya, hasil dapatan kajian ini menghasilkan metod yang boleh dijadikan garis panduan kepada para guru untuk mengaplikasikan pengajaran yang berkesan dan seterusnya melahirkan guru yang kompeten.