Bencana Alam dan Impak Banjir Besar 2014 Terhadap Komuniti Tempatan di Hulu Dungun, Terengganu: Satu Perspektif Sosiologi Bencana

Pada penghujung Disember 2014, banjir besar yang melanda Malaysia khususnya di negeri-negeri Pantai Timur telah mengakibatkan kerugian yang besar dan mengorbankan banyak nyawa. Banjir besar merupakan salah satu daripada bencana alam yang mengakibatkan kemusnahan terhadap harta benda dan persekitara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yusoff, Sarina, Aziz, Rahimah Abdul
Other Authors: Kadir, Nadhrah A
Format: Book Section
Language:English
Published: School of Social Sciences, USM 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/41159/1/ART_93.pdf
http://eprints.usm.my/41159/
http://www.sspis.usm.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada penghujung Disember 2014, banjir besar yang melanda Malaysia khususnya di negeri-negeri Pantai Timur telah mengakibatkan kerugian yang besar dan mengorbankan banyak nyawa. Banjir besar merupakan salah satu daripada bencana alam yang mengakibatkan kemusnahan terhadap harta benda dan persekitaran. Kemusnahan akibat banjir besar ini memberi impak negatif kepada mangsa banjir, persekitarannya mahupun kepada pentadbiran negeri terlibat. Meskipun demikian, sehingga kini, tidak banyak kajian dari sudut sosiologi yang dijalankan mengenai impak bencana banjir di negara Malaysia berbanding di negara-negara lain. Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan membincangkan impak sosial yang dialami oleh komuniti tempatan di Hulu Dungun, Terengganu semasa dan selepas bencana banjir berlaku pada tahun 2014. Perbincangan dilakukan dari perspektif sosiologi bencana, iaitu satu bidang baru dalam ilmu sosiologi. Kajian berbentuk kualitatif ini melibatkan seramai 15 orang informan yang terdiri daripada mangsa-mangsa banjir di Hulu Dungun. Hasil kajian mendapati empat aspek utama impak negatif bencana banjir dari sudut sosial yang dialami oleh mangsa banjir di Hulu Dungun iaitu perpindahan penduduk, ekonomi, kesihatan dan suasana hidup. Perpindahan penduduk berlaku apabila mangsa banjir terpaksa berpindah disebabkan sebahagian besar kawasan kediaman mereka ditenggelami air. Dalam aspek ekonomi, kerugian yang dialami oleh mangsa banjir merupakan impak yang paling dirasai ketika itu. Mangsa banjir turut terdedah kepada risiko gangguan emosi seperti tekanan dan trauma akibat bencana banjir yang berlaku. Seterusnya, impak terhadap perubahan suasana hidup seharian juga dirasai oleh mangsa banjir terutama dalam hubungan antara kejiranan. Secara keseluruhan, apabila bencana banjir berlaku di Hulu Dungun pada 2014, impak negatif ke atas penduduk dan alam sekitarnya tidak dapat dielakkan, namun perlu ditangani supaya tidak meninggalkan kesan jangka panjang.