Tajdid Sains Tauhidi Badiuzzaman Said Nursi Dalam Kitab Rasail Nur

Terdapat banyak usaha para sarjana Islam untuk mengembalikan semula kejayaan Sains Islam setelah terjadinya dikotomi ilmu pengetahuan. Di antara peneraju utama usaha mulia ini pada abad ke-20 adalah Badiuzzaman Said Nursi. Beliau adalah pembaharu Islam yang banyak membawa perubahan semasa yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sempo, Muhammad Widus
Format: Article
Language:Malay
Published: Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor 2017
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/15572
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Terdapat banyak usaha para sarjana Islam untuk mengembalikan semula kejayaan Sains Islam setelah terjadinya dikotomi ilmu pengetahuan. Di antara peneraju utama usaha mulia ini pada abad ke-20 adalah Badiuzzaman Said Nursi. Beliau adalah pembaharu Islam yang banyak membawa perubahan semasa yang diperlukan kehidupan umat Islam ketika itu. Di antara tajdid beliau adalah tajdid sains tauhidik. Oleh itu, makalah ini membincangkan perkara-perkara asas kerangka sains tauhidik Badiuzzaman Said Nursi seperti hubung kait antara al-Quran, Rasulullah S.A.W dan alam semesta, hubung kait antara sains dan Asmaul Husna serta epistemologi baharu Badiuzzaman Said Nursi yang menggunakan pendekatan makna ismi dan makna harfi dalam mengaitkan setiap benda dengan alam ketuhanan. Turut juga dibincangkan definisi sains tauhidik menurut pandangan Badiuzzaman Said Nursi. Kesemua topik- topik tersebut akan dibincangkan dengan menggunakan metode analisis tematik. Kesimpulannya makalah ini dapat memberi penjelasan tentang tajdid sains tauhidik Badiuzzaman Said Nursi.