Meneroka pembangunan belia positif melalui pendidikan Islam sepanjang hayat dalam kalangan belia di sekolah tahfiz

Pendidikan ialah medium yang dapat menyumbang kepada pembangunan belia positif (PYD) menerusi aspek keterampilan dan kemenjadian belia. Pendidikan berterusan yang merujuk kepada Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) berpotensi memberi impak kepada pembinaan PYD. PISH merupakan salah satu bentuk pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad, Zaidah Nor
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98528/1/FPP%202021%205%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98528/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.98528
record_format eprints
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
topic Islamic religious education
Islam - Study and teaching
Muslim youth - Malaysia
spellingShingle Islamic religious education
Islam - Study and teaching
Muslim youth - Malaysia
Ahmad, Zaidah Nor
Meneroka pembangunan belia positif melalui pendidikan Islam sepanjang hayat dalam kalangan belia di sekolah tahfiz
description Pendidikan ialah medium yang dapat menyumbang kepada pembangunan belia positif (PYD) menerusi aspek keterampilan dan kemenjadian belia. Pendidikan berterusan yang merujuk kepada Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) berpotensi memberi impak kepada pembinaan PYD. PISH merupakan salah satu bentuk pendidikan yang dilahirkan hasil tarbiah pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) ke atas belia bersekolah. Bagi meneroka dengan lebih mendalam tentang kemampuan PISH ke atas PYD, kajian ini memfokuskan kepada tiga persoalan utama: (1) Apakah makna Ulul Albab dalam konteks Pendidikan Islam sepanjang hayat kepada belia bersekolah? (2) Apakah proses Pendidikan Islam sepanjang hayat yang dilaksanakan oleh belia bersekolah? (3) Bagaimanakah Pendidikan Islam Sepanjang Hayat membina pembangunan belia positif? Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah kajian kes dan menjadikan sekolah tahfiz yang menggunakan kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) sebagai konteks untuk pengumpulan data kajian. Sejumlah 12 orang informan terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada belia bersekolah, guru dan penjaga. Kaedah temu bual semi berstruktur yang mendalam digunakan bagi memperoleh data serta disokong dengan analisis dokumen. Seterusnya data dianalisis dengan diberikan kod, kategori dan tema bagi menjawab setiap persoalan kajian. Berdasarkan dapatan kajian, belia bersekolah menunjukkan makna Ulul Albab sebagai pendidikan yang dapat memberi penghayatan al-Quran ke dalam hidup mereka. Ulul Albab juga bermakna satu penjanaan ilmu terhadap belia bersekolah yang membolehkan belia bersekolah menguasai ilmu dunia dan akhirat serta menjadi rujukan kepada individu lainnya dengan penguasaan kemahiran bahasa dan komunikasi yang berkesan. Ulul Albab dalam konteks PISH dapat mempengaruhi amalan budaya berfikir pada aras tinggi yang dapat dilihat melalui kematangan belia bersekolah berfikir. Amalan ini turut dipengaruhi oleh aktiviti yang dijalankan di sekolah seperti aktiviti sukan yang diwajibkan. Hala tuju kehidupan yang jelas berlandaskan al-Quran dalam belia bersekolah terbentuk hasil daripada proses PISH yang dialami mereka. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan belia bersekolah berjihad dalam menuntut ilmu sebagai sebahagian daripada proses PISH yang dialami mereka. Belia bersekolah juga melalui proses mengadaptasi persekitaran pembelajaran secara positif. Proses ini melibatkan pembinaan sahsiah diri yang mantap dan mewujudkan kesedaran untuk berubah menjadi lebih baik. Pelaksanaan PISH dalam kalangan belia bersekolah di sekolah tahfiz dilihat dapat mencapai matlamat utama dalam pembangunan belia positif. Dapatan daripada kajian menunjukkan belia bersekolah mempunyai lima ciri-ciri utama PYD yang digariskan oleh Lerner et al.(2005). Belia bersekolah dapat membina kompetensi diri, meningkatkan keyakinan diri, membina karakter positif, mewujudkan pengikatan sosial berlandaskan syariah dan memupuk nilai dan sifat penyayang. Keupayaan membentuk kelima-lima ciri ini membolehkan belia bersekolah memberikan sumbangan kepada orang lain dengan adanya ilmu dan kemahiran hasil pembangunan belia positif melalui PISH. Kesimpulan daripada dapatan kajian ini mendapati pembangunan belia positif ke atas belia bersekolah berlaku dengan adanya pendidikan Islam sepanjang hayat di sekolah tahfiz yang menggunakan kurikulum TMUA. Pelaksanaan PISH sebagai katalis kepada PYD dapat memberi implikasi secara teori dan praktikal. Secara teori, PISH dapat memberi kesan ke atas perkembangan teori PYD dan teori PSH itu sendiri. Implikasi praktis kajian ini menunjukkan pelaksanaan PISH ke atas belia bersekolah perlu diperluaskan lagi dengan tidak mengehadkan pelaksanaan ke atas sekolah yang mengamalkan kurikulum TMUA. Kajian ini berupaya memberi implikasi ke atas usaha pihak berkepentingan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, sektor awam dan swasta memahami dengan lebih jelas tentang PISH yang berlaku dalam kalangan belia bersekolah. Seterusnya kajian ini dapat membantu membentuk pelan-pelan strategik serta menambah kefahaman tentang PISH bagi meningkatkan lagi penglibatan belia bersekolah dan seterusnya menjayakan PYD seperti yang dihasratkan dalam falsafah pendidikan negara serta Dasar Belia Malaysia 2015.
format Thesis
author Ahmad, Zaidah Nor
author_facet Ahmad, Zaidah Nor
author_sort Ahmad, Zaidah Nor
title Meneroka pembangunan belia positif melalui pendidikan Islam sepanjang hayat dalam kalangan belia di sekolah tahfiz
title_short Meneroka pembangunan belia positif melalui pendidikan Islam sepanjang hayat dalam kalangan belia di sekolah tahfiz
title_full Meneroka pembangunan belia positif melalui pendidikan Islam sepanjang hayat dalam kalangan belia di sekolah tahfiz
title_fullStr Meneroka pembangunan belia positif melalui pendidikan Islam sepanjang hayat dalam kalangan belia di sekolah tahfiz
title_full_unstemmed Meneroka pembangunan belia positif melalui pendidikan Islam sepanjang hayat dalam kalangan belia di sekolah tahfiz
title_sort meneroka pembangunan belia positif melalui pendidikan islam sepanjang hayat dalam kalangan belia di sekolah tahfiz
publishDate 2019
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98528/1/FPP%202021%205%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98528/
_version_ 1743108570181795840
spelling my.upm.eprints.985282022-08-30T07:53:04Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98528/ Meneroka pembangunan belia positif melalui pendidikan Islam sepanjang hayat dalam kalangan belia di sekolah tahfiz Ahmad, Zaidah Nor Pendidikan ialah medium yang dapat menyumbang kepada pembangunan belia positif (PYD) menerusi aspek keterampilan dan kemenjadian belia. Pendidikan berterusan yang merujuk kepada Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) berpotensi memberi impak kepada pembinaan PYD. PISH merupakan salah satu bentuk pendidikan yang dilahirkan hasil tarbiah pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) ke atas belia bersekolah. Bagi meneroka dengan lebih mendalam tentang kemampuan PISH ke atas PYD, kajian ini memfokuskan kepada tiga persoalan utama: (1) Apakah makna Ulul Albab dalam konteks Pendidikan Islam sepanjang hayat kepada belia bersekolah? (2) Apakah proses Pendidikan Islam sepanjang hayat yang dilaksanakan oleh belia bersekolah? (3) Bagaimanakah Pendidikan Islam Sepanjang Hayat membina pembangunan belia positif? Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah kajian kes dan menjadikan sekolah tahfiz yang menggunakan kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) sebagai konteks untuk pengumpulan data kajian. Sejumlah 12 orang informan terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada belia bersekolah, guru dan penjaga. Kaedah temu bual semi berstruktur yang mendalam digunakan bagi memperoleh data serta disokong dengan analisis dokumen. Seterusnya data dianalisis dengan diberikan kod, kategori dan tema bagi menjawab setiap persoalan kajian. Berdasarkan dapatan kajian, belia bersekolah menunjukkan makna Ulul Albab sebagai pendidikan yang dapat memberi penghayatan al-Quran ke dalam hidup mereka. Ulul Albab juga bermakna satu penjanaan ilmu terhadap belia bersekolah yang membolehkan belia bersekolah menguasai ilmu dunia dan akhirat serta menjadi rujukan kepada individu lainnya dengan penguasaan kemahiran bahasa dan komunikasi yang berkesan. Ulul Albab dalam konteks PISH dapat mempengaruhi amalan budaya berfikir pada aras tinggi yang dapat dilihat melalui kematangan belia bersekolah berfikir. Amalan ini turut dipengaruhi oleh aktiviti yang dijalankan di sekolah seperti aktiviti sukan yang diwajibkan. Hala tuju kehidupan yang jelas berlandaskan al-Quran dalam belia bersekolah terbentuk hasil daripada proses PISH yang dialami mereka. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan belia bersekolah berjihad dalam menuntut ilmu sebagai sebahagian daripada proses PISH yang dialami mereka. Belia bersekolah juga melalui proses mengadaptasi persekitaran pembelajaran secara positif. Proses ini melibatkan pembinaan sahsiah diri yang mantap dan mewujudkan kesedaran untuk berubah menjadi lebih baik. Pelaksanaan PISH dalam kalangan belia bersekolah di sekolah tahfiz dilihat dapat mencapai matlamat utama dalam pembangunan belia positif. Dapatan daripada kajian menunjukkan belia bersekolah mempunyai lima ciri-ciri utama PYD yang digariskan oleh Lerner et al.(2005). Belia bersekolah dapat membina kompetensi diri, meningkatkan keyakinan diri, membina karakter positif, mewujudkan pengikatan sosial berlandaskan syariah dan memupuk nilai dan sifat penyayang. Keupayaan membentuk kelima-lima ciri ini membolehkan belia bersekolah memberikan sumbangan kepada orang lain dengan adanya ilmu dan kemahiran hasil pembangunan belia positif melalui PISH. Kesimpulan daripada dapatan kajian ini mendapati pembangunan belia positif ke atas belia bersekolah berlaku dengan adanya pendidikan Islam sepanjang hayat di sekolah tahfiz yang menggunakan kurikulum TMUA. Pelaksanaan PISH sebagai katalis kepada PYD dapat memberi implikasi secara teori dan praktikal. Secara teori, PISH dapat memberi kesan ke atas perkembangan teori PYD dan teori PSH itu sendiri. Implikasi praktis kajian ini menunjukkan pelaksanaan PISH ke atas belia bersekolah perlu diperluaskan lagi dengan tidak mengehadkan pelaksanaan ke atas sekolah yang mengamalkan kurikulum TMUA. Kajian ini berupaya memberi implikasi ke atas usaha pihak berkepentingan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, sektor awam dan swasta memahami dengan lebih jelas tentang PISH yang berlaku dalam kalangan belia bersekolah. Seterusnya kajian ini dapat membantu membentuk pelan-pelan strategik serta menambah kefahaman tentang PISH bagi meningkatkan lagi penglibatan belia bersekolah dan seterusnya menjayakan PYD seperti yang dihasratkan dalam falsafah pendidikan negara serta Dasar Belia Malaysia 2015. 2019-12 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98528/1/FPP%202021%205%20IR.pdf Ahmad, Zaidah Nor (2019) Meneroka pembangunan belia positif melalui pendidikan Islam sepanjang hayat dalam kalangan belia di sekolah tahfiz. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Islamic religious education Islam - Study and teaching Muslim youth - Malaysia
score 13.1944895