Pendapat Jurulatih-Jurulatih Kebangsaan Terhadap Program Latihan Mental

Program latihan mental merupakan salah satu bentuk latihan yang perlu dilakukan, selain daripada program latihan fizikal, teknikal dan taktikal. Oleh itu, para jurulatih tidak seharus mengenepikan program latihan mental dalam usaha melatih atlit mencapai kejayaan yang cemerlang. Andaian yang men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kassim, Mohar
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1998
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8990/1/FPP_1998_6_A.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8990/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program latihan mental merupakan salah satu bentuk latihan yang perlu dilakukan, selain daripada program latihan fizikal, teknikal dan taktikal. Oleh itu, para jurulatih tidak seharus mengenepikan program latihan mental dalam usaha melatih atlit mencapai kejayaan yang cemerlang. Andaian yang menyatakan program latihan mental tidak penting, khususnya dalam sukan prestasi tinggi adalah tidak tepat pada masa kini. Ini kerana banyak kajian telah membuktikan bahawa setiap lakuan kemahiran mempunyai hubungan yang rapat dengan fungsi mental. Oleh itu, peranan jurulatih juga perlu diambilkira dari aspek pengetahuan dan kemahiran mereka terhadap program latihan mental dalam usaha melatih atlit dengan lebih sistematik dan berkesan. Sehubungan dengan itu, penyelidik telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian ini agar dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai sikap, pengetahuan, kemahiran dan pendedahan yang ada pada jurulatih-jurulatih kebangsaan. Dapatan kajian telah diperolehi melalui kajian soal selidik dan temu bual ke atas penyelidik telah dapat mengetahui pendapat jurulatih-jurulatih kebangsaan terhadap program latihan mental dari aspek, pertama, sejauh mana program latihan mental diberi penekanan, kedua, masalah-masalah yang dihadapi oleh jurulatih dan ketiga, strategistrategi yang digunakan oleh mereka dalam program latihan mental. PenyeIidik juga ada menyarankan beberapa cadangan bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti. Semoga cadangan-cadangan yang dikemukakan dijadikan sebagai satu garispanduan untuk mengubah keadaan yang berkaitan kepada yang terbaik ke arah mencapai kejayaan yang cemerlang kini dan akan datang.