Konflik politik dalam pemerintahan kesultanan Melayu dalam naskhah Tuhfat Al-Nafis dan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah

Kajian ini bertitik tolak daripada permasalahan yang mendapati bahawa sehingga kini dan sepanjang yang diketahui, masih kurang kajian ilmiah yang secara khusus meneliti soal konflik politik dalam pemerintahan, terutamanya soal punca yang mencetuskan konflik-konflik tersebut dalam genre histori...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Noor, Amir Rullah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67430/1/FBMK%202017%2029%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67430/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.67430
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.674302019-03-14T03:23:54Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67430/ Konflik politik dalam pemerintahan kesultanan Melayu dalam naskhah Tuhfat Al-Nafis dan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Mohd Noor, Amir Rullah Kajian ini bertitik tolak daripada permasalahan yang mendapati bahawa sehingga kini dan sepanjang yang diketahui, masih kurang kajian ilmiah yang secara khusus meneliti soal konflik politik dalam pemerintahan, terutamanya soal punca yang mencetuskan konflik-konflik tersebut dalam genre historiografi Melayu, iaitu naskhah Tuhfat Al-Nafis dan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Berlatar belakangkan permasalahan ini, kajian ini menggariskan dua objektif iaitu menganalisis konflik politik dalam pemerintahan, dan merumuskan puncapunca terjadinya konflik politik dalam pemerintahan dalam Kesultanan Melayu, sebagaimana yang dimanifestasikan dalam kedua-dua naskhah yang dikaji. Bagi merealisasikan kedua-dua objektif ini, kajian ini menerapkan pemikiran Ibn Khaldun tentang politik dalam pemerintahan, sebagaimana yang diutarakan dalam kitab karangan beliau yang terkenal bertajuk Mukadimah (1377 Masihi). Pemikiran ini merujuk kepada pandangan Ibn Khaldun bahawa soal kezaliman dan ketidakadilan, dan perebutan takhta dan kuasa dalam naskhah Tuhfat Al- Nafis yang dianggap menjadi antara punca tercetusnya konflik politik dalam pemerintahan, dan akhirnya membawa kepada kejatuhan sesebuah kerajaan sekaligus peradaban manusia. Analisis terhadap kedua-dua naskhah yang dikaji mendapati bahawa soal kezaliman dan ketidakadilan, dan perebutan takhta dan kuasa dimanifestasikan sebagai punca-punca tercetusnya konflik politik dalam pemerintahan dalam Kesultanan Melayu. Kajian ini mengenal pasti enam peristiwa yang didapati memanifestasikan soal kezaliman dan ketidakadilan sebagai punca tercetusnya konflik politik dalam pemerintahan. Peristiwa-peristiwa tersebut ialah peristiwa ketika pemerintahan Paduka Seri Maharaja di Singapura, peristiwa ketika pemerintahan Raja Iskandar Syah di Singapura, peristiwa ketika pemerintahan Raja Mahmud di Melaka, peristiwa ketika pemerintahan Sultan Mahmud II di Johor, peristiwa ketika pemerintahan Raja Kecik, dan peristiwa ketika pemerintahan Sultan Sulaiman di Riau. Kajian ini turut mengenal pasti enam peristiwa dalam naskhah Tuhfat Al-Nafis yang didapati memanifestasikan soal perebutan takhta dan kuasa sebagai punca tercetusnya konflik politik dalam pemerintahan. Peristiwa-peristiwa tersebut ialah peristiwa antara Raja Kecik dengan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah, peristiwa antara Sultan Muhammad Zain al-Din dengan Pangeran Agung, peristiwa antara Raja Kedah Tua dengan Raja Kedah Muda, dan peristiwa antara Raja Alam dengan Tengku Mahmud. Manakala, peristiwa-peristiwa dalam naskhah Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah pula ialah peristiwa antara Tengku Ata’Allah dengan Tengku Ngah Putera, dan peristiwa antara Raja Muda Tengku Ya’akob dengan Sultan Ahmad Tajuddin II. Hasil analisis terhadap kedua-dua naskhah yang dikaji dengan sendirinya memperkukuhkan pandangan Ibn Khaldun yang menggariskan soal kezaliman dan ketidakadilan, serta perebutan takhta dan kuasa sebagai antara punca yang mencetuskan pergolakan politik, dan seterusnya membawa kepada kejatuhan sesebuah kerajaan dan sekaligus peradaban manusia. Hasil kajian ini diharap dapat memperluaskan lagi korpus penyelidikan, khususnya terhadap karya-karya historiografi Melayu dan sekurang-kurangnya memperkayakan lagi kepustakaan ilmu dalam bidang kesusasteraan Melayu. 2016-12 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67430/1/FBMK%202017%2029%20IR.pdf Mohd Noor, Amir Rullah (2016) Konflik politik dalam pemerintahan kesultanan Melayu dalam naskhah Tuhfat Al-Nafis dan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
description Kajian ini bertitik tolak daripada permasalahan yang mendapati bahawa sehingga kini dan sepanjang yang diketahui, masih kurang kajian ilmiah yang secara khusus meneliti soal konflik politik dalam pemerintahan, terutamanya soal punca yang mencetuskan konflik-konflik tersebut dalam genre historiografi Melayu, iaitu naskhah Tuhfat Al-Nafis dan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Berlatar belakangkan permasalahan ini, kajian ini menggariskan dua objektif iaitu menganalisis konflik politik dalam pemerintahan, dan merumuskan puncapunca terjadinya konflik politik dalam pemerintahan dalam Kesultanan Melayu, sebagaimana yang dimanifestasikan dalam kedua-dua naskhah yang dikaji. Bagi merealisasikan kedua-dua objektif ini, kajian ini menerapkan pemikiran Ibn Khaldun tentang politik dalam pemerintahan, sebagaimana yang diutarakan dalam kitab karangan beliau yang terkenal bertajuk Mukadimah (1377 Masihi). Pemikiran ini merujuk kepada pandangan Ibn Khaldun bahawa soal kezaliman dan ketidakadilan, dan perebutan takhta dan kuasa dalam naskhah Tuhfat Al- Nafis yang dianggap menjadi antara punca tercetusnya konflik politik dalam pemerintahan, dan akhirnya membawa kepada kejatuhan sesebuah kerajaan sekaligus peradaban manusia. Analisis terhadap kedua-dua naskhah yang dikaji mendapati bahawa soal kezaliman dan ketidakadilan, dan perebutan takhta dan kuasa dimanifestasikan sebagai punca-punca tercetusnya konflik politik dalam pemerintahan dalam Kesultanan Melayu. Kajian ini mengenal pasti enam peristiwa yang didapati memanifestasikan soal kezaliman dan ketidakadilan sebagai punca tercetusnya konflik politik dalam pemerintahan. Peristiwa-peristiwa tersebut ialah peristiwa ketika pemerintahan Paduka Seri Maharaja di Singapura, peristiwa ketika pemerintahan Raja Iskandar Syah di Singapura, peristiwa ketika pemerintahan Raja Mahmud di Melaka, peristiwa ketika pemerintahan Sultan Mahmud II di Johor, peristiwa ketika pemerintahan Raja Kecik, dan peristiwa ketika pemerintahan Sultan Sulaiman di Riau. Kajian ini turut mengenal pasti enam peristiwa dalam naskhah Tuhfat Al-Nafis yang didapati memanifestasikan soal perebutan takhta dan kuasa sebagai punca tercetusnya konflik politik dalam pemerintahan. Peristiwa-peristiwa tersebut ialah peristiwa antara Raja Kecik dengan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah, peristiwa antara Sultan Muhammad Zain al-Din dengan Pangeran Agung, peristiwa antara Raja Kedah Tua dengan Raja Kedah Muda, dan peristiwa antara Raja Alam dengan Tengku Mahmud. Manakala, peristiwa-peristiwa dalam naskhah Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah pula ialah peristiwa antara Tengku Ata’Allah dengan Tengku Ngah Putera, dan peristiwa antara Raja Muda Tengku Ya’akob dengan Sultan Ahmad Tajuddin II. Hasil analisis terhadap kedua-dua naskhah yang dikaji dengan sendirinya memperkukuhkan pandangan Ibn Khaldun yang menggariskan soal kezaliman dan ketidakadilan, serta perebutan takhta dan kuasa sebagai antara punca yang mencetuskan pergolakan politik, dan seterusnya membawa kepada kejatuhan sesebuah kerajaan dan sekaligus peradaban manusia. Hasil kajian ini diharap dapat memperluaskan lagi korpus penyelidikan, khususnya terhadap karya-karya historiografi Melayu dan sekurang-kurangnya memperkayakan lagi kepustakaan ilmu dalam bidang kesusasteraan Melayu.
format Thesis
author Mohd Noor, Amir Rullah
spellingShingle Mohd Noor, Amir Rullah
Konflik politik dalam pemerintahan kesultanan Melayu dalam naskhah Tuhfat Al-Nafis dan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah
author_facet Mohd Noor, Amir Rullah
author_sort Mohd Noor, Amir Rullah
title Konflik politik dalam pemerintahan kesultanan Melayu dalam naskhah Tuhfat Al-Nafis dan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah
title_short Konflik politik dalam pemerintahan kesultanan Melayu dalam naskhah Tuhfat Al-Nafis dan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah
title_full Konflik politik dalam pemerintahan kesultanan Melayu dalam naskhah Tuhfat Al-Nafis dan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah
title_fullStr Konflik politik dalam pemerintahan kesultanan Melayu dalam naskhah Tuhfat Al-Nafis dan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah
title_full_unstemmed Konflik politik dalam pemerintahan kesultanan Melayu dalam naskhah Tuhfat Al-Nafis dan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah
title_sort konflik politik dalam pemerintahan kesultanan melayu dalam naskhah tuhfat al-nafis dan al-tarikh salasilah negeri kedah
publishDate 2016
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67430/1/FBMK%202017%2029%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67430/
_version_ 1643838903541563392
score 13.1944895