Penggunaan bahasa dalam bahan perhubungan media di Malaysia

Bahan perhubungan media ialah aspek yang penting dalam strategi komunikasi untuk menyalurkan maklumat sesebuah organisasi kepada pertubuhan media. Amalan perhubungan media pula penting dan diperlukan oleh editor pertubuhan media untuk mendapatkan maklumat daripada organisasi luar. Bahan tersebut per...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed Ariffin, Mohd Yahya, Sha'ri, Sharil Nizam, Ong, Jessica Hai Liaw
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia Press 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66189/1/Penggunaan%20bahasa%20dalam%20bahan%20perhubungan%20media%20di%20Malaysia.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66189/
http://www.fbmk.upm.edu.my/upload/dokumen/20180724120938JURNAL_MAHAWANGSA_NOVEMBER_2017.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bahan perhubungan media ialah aspek yang penting dalam strategi komunikasi untuk menyalurkan maklumat sesebuah organisasi kepada pertubuhan media. Amalan perhubungan media pula penting dan diperlukan oleh editor pertubuhan media untuk mendapatkan maklumat daripada organisasi luar. Bahan tersebut perlu memenuhi keperluan editor sebelum disiarkan, termasuk aspek pengunaan bahasa. Makalah ini memberikan fokus kepada penggunaan bahasa dalam bahan perhubungan media yang dihantar oleh pengamal perhubungan awam kepada editor pertubuhan media di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap bahan perhubungan media dan temu bual bersemuka melibatkan editor pertubuhan media untuk menganalisis penggunaan bahasa dalam bahan tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa bahan yang diterima oleh pertubuhan media menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, namun, organisasi swasta lebih selesa menggunakan bahasa Ingeris berbanding dengan bahasa Melayu, walaupun media tersebut menggunakan bahasa Melayu dalam penerbitan mereka. Selain itu, terdapat pelbagai nama bahan perhubungan media yang diterima oleh media massa daripada organisasi luar yang menggunakan kedua-dua bahasa tersebut. Analisis menunjukkan editor berpendapat bahawa pemilihan bahasa yang betul dengan keperluan pertubuhan media sangat penting dan perlu dipatuhi oleh pengamal perhubungan awam.