Kesediaan kerjaya pelajar Institut Kemahiran Belia Negara

Kesediaan Kerjaya dapat menerangkan sama ada seseorang individu tersebut telah bersedia atau tidak untuk menceburi bidang kerjaya pilihan. Kesediaan Kerjaya boleh digunakan untuk menjelaskan tahap Kematangan Kerjaya dimana dapat membantu dalam menjelaskan berkenaan perancangan kerjaya, penerokaan ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mansor, Maznizam, Mat Rashid, Abdullah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50807/1/Greduc019%20Maznizam%20Mansor.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50807/
http://www.greduc2013.upm.edu.my/PDF%20Files/Greduc019%20Maznizam%20Mansor.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesediaan Kerjaya dapat menerangkan sama ada seseorang individu tersebut telah bersedia atau tidak untuk menceburi bidang kerjaya pilihan. Kesediaan Kerjaya boleh digunakan untuk menjelaskan tahap Kematangan Kerjaya dimana dapat membantu dalam menjelaskan berkenaan perancangan kerjaya, penerokaan kerjaya, kemampuan membuat keputusan dan dunia maklumat pekerjaan. Oleh itu, boleh dianggap seseorang individu yang bersedia untuk menempuh alam pekerjaan telah melengkapkan proses penerokaan dan perancangan kerjaya serta telah membuat keputusan berkenaan kerjaya mereka. Tinjauan telah dijalankan ke atas 292 orang pelajar di empat buah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di negeri Selangor bertujuan untuk mengukur tahap Kesediaan Kerjaya serta mengenalpasti perbezaan antara gender, pencapaian akademik, pengalaman kerja dan penyertaan dalam program kerjaya terhadap tahap Kesediaan Kerjaya pelajar. Responden dipilih secara persampelan rawak mudah. Ujian t dan ujian ANOVA satu hala digunakan untuk melihat perbezaan antara pembolehubah yang dikaji. Dapatan menunjukkan tahap Kesediaan Kerjaya pelajar adalah rendah. Tiada perbezaan tahap Kesediaan Kerjaya antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Tahap Kesediaan Kerjaya tidak berbeza antara pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi, sederhana dan rendah. Pengalaman kerja dalam bidang kursus berkaitan dan penyertaan dalam program kerjaya tidak membezakan tahap Kesediaan Kerjaya pelajar. Beberapa cadangan dikemukakan bagi membantu pihak pengurusan IKBN meningkatkan tahap Kesediaan Kerjaya pelajar.