UPM Tayang Siri Animasi Saladin

SERDANG, 23 November - UPM menjadi institusi pengajian tinggi pertama menanyangkan siri premier animasi Saladin di kampusnya sebelum ditayangkan di saluran RTM kelak. Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Prof. Madya Dr. Che Ibrahim Salleh berkata program pra-tayangan siri itu bertuju...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/3239/1/UPM_Tayang_Siri_Animasi_Saladin.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/3239/
http://www.upm.edu.my/?kat=1&aktvt=berita&kod=201011253291946381721654213
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:SERDANG, 23 November - UPM menjadi institusi pengajian tinggi pertama menanyangkan siri premier animasi Saladin di kampusnya sebelum ditayangkan di saluran RTM kelak. Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Prof. Madya Dr. Che Ibrahim Salleh berkata program pra-tayangan siri itu bertujuan menggalakkan pelajar menghasilkan filem animasi yang bertaraf dunia. Katanya program itu adalah sebahagian daripada kursus pelajar sarjana perhubungan awam di UPM untuk memberikan pendedahan praktikal kepada pelajar sarjana komunikasi korporat menjayakan aspek pengendalian majlis dan perhubungan awam. “Kemahiran ‘soft skill’ ini tidak dapat dipelajari dalam kelas tetapi dipelajari apabila menghadapi dunia profesional selepas tamat pengajian.” “Sebagai menyokong usaha ini, UPM membantu mempromosikan siri animasi Saladin ini melalui radio Putra FM kepada pelajar-pelajar kampus,” katanya pada Majlis Pra-Tonton Siri Animasi Saladin anjuran pelajar KOM 5321 Perhubungan Awam Lanjutan, Jabatan Komunikasi, FBMK, UPM. Siri animasi terbitan Perbadanan Multimedia Malaysia (MDeC) dan Al-Jazeera Children Channel (AJCC) itu turut disaksikan oleh 40 anak yatim yang dijemput khas dari Rumah Kasih Harmoni Sungai Buloh dan Rumah Anak Yatim Sg Tangkas, Selangor. Sebelum ini, Saladin telah memenangi kategori Teknologi Terbaik di Seoul International Kartun dan Animasi Festival (SICAF) dan Tokyo Big Sight Award di Tokyo International Anime Fair 2007 bagi kategori imej janaan komputer tiga demensi (3D CGI), kesan khas visual dan animasi.