Pelajar tahun akhir pamer produk rekabentuk perindustrian

SERDANG, 6 Mei – Seramai 38 pelajar tahun akhir Jabatan Rekabentuk Perindustrian, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) mempamerkan 38 produk rekabentuk perindustrian dalam program IDEAL (Innovation of Design and Adaptation of Localization) Dialogue & Showcase 2...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Malay
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12357/1/Pelajar_tahun_akhir_pamer_produk_rekabentuk_perindustrian.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12357/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:SERDANG, 6 Mei – Seramai 38 pelajar tahun akhir Jabatan Rekabentuk Perindustrian, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) mempamerkan 38 produk rekabentuk perindustrian dalam program IDEAL (Innovation of Design and Adaptation of Localization) Dialogue & Showcase 2011. Pengarah projek IDEAL Showcase, Ahmad Qadri Basri@Boseri berkata produk pameran merupakan hasil projek terbaik sepanjang tiga tahun pembelajaran mereka yang telah dipilih oleh penilai jemputan. “Showcase ini bertujuan mempromosikan bidang rekabentuk perindustrian sebagai pemangkin utama dalam mencapai matlamat ekonomi berasaskan inovasi menerusi penghasilan produk kreatif dan inovatif,” katanya di Galeri Rekabentuk Perindustrian, FRBS UPM. Antara produk yang dihasilkan adalah produk keselamatan untuk motosikal dan kereta, sistem pelindungan haiwan, bangku untuk lapangan terbang, langsir solar, rak untuk buku, kasut serta pakaian dan lain-lain. Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM; Prof. Dr. Tai Shzee Yew, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan UPM; Prof.Ir. Dr. Norman Mariun serta Dekan FRBS; Prof. Madya Dr. Osman Mohd. Tahir. Ketua Jabatan Rekabentuk Perindustrian, FRSB UPM, Bakri Bakar@Ismail berkata program itu mampu mengembangkan daya pemikiran kreatif dan inovatif pelajar sejajar dengan isu semasa dalam industri rekabentuk perindustrian. “Rekaan pelajar dalam sektor rekacipta inovatif seperti bidang rekabentuk amat bernilai dalam menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya ketika ditemui di sini. Selain showcase, sesi dialog antara pelajar yang bertemakan Innovation of Design and Adaptation of Localization turut dijalankan untuk memberi ruang kepada pelajar bertukar-tukar maklumat.